Misi Kali Kedua DPPNT Membawa Sumbangan Seluruh Pemuda

806

Oleh; Mohd Nasir Abdul Razak, Setiausaha DPPNT

KEMAMAN – [Lihat Video] Misi Kali Ke-2 Bantuan Mangsa Banjir dari Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bersama Dewan Pemuda PASKuala Nerus ke Daerah Kemaman telah dilaksanakan dengn jayanya.

Misi kali ini diketuai oleh Timbalan Ketua DPPNT YB Ustaz Hishamuddin Abd. Karim, telah menyerahkan dan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana tersebut.

Turut serta Misi itu adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir. Hj. Khairi dan Timbalan Pengerusi Dewan himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu, Jefri Chua.
Sebelumnya, Ketua DPPNT Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bersama-sama Timbalan Ketua Pemuda PPAS Malaysia merangkap Naib Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mendahului bersama Misi Kali Pertama DPPNT.

Sehubungan itu, menurut seorang mangsa, Saudara Mahadi, keadaan banjir kali ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku semenjak 27 tahu yang lalu.

IMG-20131206-WA0082Walaubagaimanapun beliau bersyukur kerana beliai danseluruh ahli keluarga selamat meskipun hampir keseluruhan rumah ditenggelami air.

Dewan Pemuda PAS Negeri juga mengucapkan syabas dan tahniah buat semua yang terlibat khususnya Jawatankuasa Banjir PAS Kawasan Kemaman dan “Tentera Merah” Jabatan Amal disemua peringkat yang telah menunjukkan komitmen ‘luar biasa’ dalam membantu mangsa banjir.

InsyaAllah misi bantuan seterusnya akan dijayakan terutamanya pasca selepas banjir bagi membantu mangsa membersihkan kawasan terlibat di seluruh Negeri Terengganu.

Syukur kepada yang Esa, berkat bantuan yang diperolehi dari para penyumbang dermawan, pihak kami telah berjaya menyalurkan bantuan barangan bernilai hampir RM8000 dan tunai RM2000. Ucapan terima kasih tak terhingga dari kami buat buat semua para dermawan

Moga Allah membalasnya dengan ganjaran yang setimpal.

Dalam pada itu, Tabung Kemanusian Pemuda bagi membantu mangsa banjir terus dibuka dan sumbangan semua pihak dan boleh disalurkan ke akaun Kebajikan Pemuda Negeri (Maybank Dana Taawun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu) bernombor 563064113873.

Segala maklumat lanjut boleh didapati menerusi Pengerusi Kebajikan DPPNT Us.Ramlan Mahmod 0199389884 , Saudara Sauji 0142100335 Ketua Jabatan Amal DPPNT dan Setiausah Kerja DPPNT Saudara Saudara Alif 0133003680