Setelah lima belas tahun, selepas pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq, keasn dan akibat perang yang berterusan terus diperdebatkan.
Menurut agensi pelarian PBB , lebih daripada empat juta orang telah dipindahkan, menjadi pelarian.
Tidak ada angka yang diterima secara meluas, satu jumlah yang pasti tentang kematian orang awam, tetapi anggaran yang dibuat, dari dari ratusan ribu ke jutaan orang.
“Adakah kita suka melakukan sesuatu (sekali lagi), tentu saja,” kata mantan Brigadier Jeneral AS Mark Kimmitt, yang menjawat pangkat sebagai wakil pengarah operasi dan jurubicara ketua tentera di Iraq dari tahun 2003 hingga 2004.
Walaupun Kimmitt menerima hakikat Amerika Syarikat ‘melakukan telah beberapa perkara yang salah’ di Iraq, tetapi beliau menegaskan tentera negaranya tidak meminta maaf kepada sesiapa.


Serangan dan penjajahan Amerika juga telah membantu meletakkan asas bagi pembentukan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) juga dikenali sebagai ISIS.
“Saya bimbang pada masa (akan datang) bahawa penahanan besar-besaran terhadap tentera yang percaya (Iraq menjadi) ancaman keselamatan akan kembali menghantui kita,” kata Kimmitt.
“Saya memberitahu itu kepada rakan-rakan saya dan saya memberitahu itu kepada atasan saya.” tegasnya.
Semasa beliau bersetuju dengan Perang Iraq mungkin telah mengilhami kumpulan ganas, Kimmitt menegaskan ISIL tidak diwujudkan di Iraq.


Apabila ditanya mengenai berpuluh-puluh orang awam yang tidak bersenjata tekah terbunuh di tempat-tempat seperti Fallujah, Haditha, Mahmoudiya dan Balad, Kimmitt menafikan sebarang dakwaan bahawa orang awam sengaja dibunuh oleh tentera Amerika.
“Saya tidak mencadangkan seketika bahawa perang memang kadang-kadang membunuh orang awam yang tidak bersalah, itulah harga perang,” katanya.
“Sebagai seorang askar, apa yang anda lakukan adalah cuba meminimumkannya pada semua kos. Tetapi sesiapa yang percaya bahawa kerosakan tidak berlaku dalam perang (mereka sebenarnya) hidup di syurga bodoh.” jelasnya.






























