KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu perlu beri penjelasan dan alasan yang munasabah kepada rakyat, mengapakah tempat letak kereta (perking) bertingkat perlu dirombak dan dipindahkan.
Naib Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, ‘bangunan besi’ itu telah dibina, dan memulakan operasi pada 3 Februari 2011, tidak sampai tempoh 10 tahun.
”ia menelan belanja menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.8 juta……mengapa ia akan dirombak dan mahu dipindahkan,
”ke medan bersebelahan dengan ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu di Padang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT)?,” soal beliau.
Katanya, sistem Automatik (Rotary Type) bermekanikal yang digunakan pada tempat letak kereta itu pasti akan mengalami masalah apabila ia ‘dipecat’ dan dibuka satu persatu.


Menurutnya, beliau dimaklumkan, tapak tempat letak kerata bertingkat itu yang dimiliki oleh MBKT akan dibangunkan satu lagi projek ‘kondominium mewah’.
“Padang MBKT adalah kawasan terletak jauh daripada (pusat) Bandaraya Kuala Terengganu dan telah pun dijadikan kawasan tempat meletak kereta secara umumnya,
“adakah sebenarnya (keputusan itu) semata-mata untuk memindahkan sahaja (parking) ini ke sana yang mana kita tahu ia tidak akan di manfaatkan sepenuhnya,”
“Sudah tentu pembukaan sistem ini dipecat balik melibatkan kos……pemindahan dan pemasangan serta menguji kembali akan melibatkan kos,” ujar beliau.


Menurutnya, orang ramai perlu kepada sebuah tempat letak kereta yang luas dan selesa ditengah-tengah bandar raya yang memudahkan mereka berjalan terus untuk berurusan.
Sebaliknya apabila dimansuhkan kawasan ‘parking’ tersebut, ia tentu akan menyukarkan warga Kuala Terengganu dan rakyat serta para pelancong.
”Disebelah sana (Jalan Sultan Ismail) menempatkan deretan institusi kewangan yang utama di Kuala Terengganu seperti Maybank, Arab Malaysia bank, CIMB, Hong Leong……pun sebelah sini (ada) Affin bank (dan lain-lain),
”Kuala Terengganu (sudah pun) mempunyai masalah dengan tempat meletak kereta yang serius dimana rakyat pengunjung banyak merungut, susah untuk meletakkan kenderaan,
“dalam masa yang sama pihak majlis bandaraya menguatkuasakan berhubung dengan saman dan sebagainya yang (juga) mendapat rungutan daripada rakyat,” jelasnya.


Orang ramai, kata beliau, terpaksa bepusing-pusing sampai dua tiga kali kerana tiada tempat untuk meletakkan kenderaan mereka.
“Dan dalam masa yang sama apabila ada ruang sikit mereka parking tinggal sekejap kereta balik sudah ada kad saman majlis bandaraya,”ujarnya kesal.
Oleh itu, beliau sangsi tentang keputusan kerajaan mahu mengalihkan tempat letak kereta bertingkat itu yang disifatkan sebagai tidak munasabah.
”adakah kajian yang telah dibuat secara sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri? Sama ada ia memberi pulangan yang munasabah ataupun tidak kepada rakyat?
“Ini rungutan yang mana sepatutnya saya rasa satu penyelesaian yang lebih baik iaitu pihak kerajaan perlu ‘telus’ kerana jadi buah mulut di kalangan rakyat sampai di kedai kopi,” tegas beliau.
S

”Dimana tanah milik kerajaan diambil daripada rakyat untuk kegunaan (dan) kepentingan awam yang ada pada hari ini (mahu) dimajukan (membina sebuah kondominium),
“Dan lebih-lebih lagi melibatkan aset milik negeri dan saya rasa mungkin, tanpa kita kata salah ataupun betul kerajaan perlu, memberi penjelasan sebab kita tidak mahu projek yang tiba-tiba ada,
“Seolah-olah projek wahyu tiba-tiba ada dalam keadaan melibatkan kepentingan awam dan kepentingan rakyat serta akan menjejaskan ramai pihak,”ujar beliau lagi.
Justeru, beliau berkata, PAS menggesa supaya kerajaan bersikap telus berhubung pemindahan ‘parking’ tersebut dan cadangan memajukan kondominium di tapak tanah milik MBKT itu.




























