Meurutnya, Umno sebagai sebuah parti yang mewakili orang Melayu beragama Islam gagal memperkasakan bangsa dan agama tersebut, setelah lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Beliau mendakwa, pemimpin Umno gagal menunjukkan wajah Islam yang sebenar sebaliknya mewajahkan Islam dan Melayu dengan rasuah, penipuan dan penyelewengan.
“Umno gagal memperkasakan Islam, gagal memperkasakan Melayu dan Bumiputera, Ilam menjadi agama yang dipertikaikan, bagaimana (Islam) mahu dihormati (kerana) pemimpin Umno tidak menunjukkan wajah Islam yang sebenar,
“(tetapi menunjukkan) wajah rasuah, wajah penyelewengan…..wajah penipu!,”tegasnya ketika berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada Sabtu 12 Januari.
Menurutnya, PAS menyedari orang melayu dan Islam wajib memimpin tetapi bukan dari kalangan pemimpin Umno kerana Umno pernah mengkhianati dan menzalimi PAS semasa dalam kerajaan dan diluar kerajaan.
Oleh itu, PAS bersama Pakatan Rakyat dan pemimpin rakyat yang turut dizalimi oleh Barisan Nasional (BN), bersatu dalam perkara dipersetujui yang
“PAS memilih rakan PKR…rakan DAP yang yang sama-sama dizalimi dan dianiyai (dan) penyokong-penyokong yang ditindas, pada tahun 1978 YB Lim Kit Siang bersama kami (PAS) menentang undang-undang darurat Kelantan, pada tahun 1998, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditendang begitu sahaja seteah begitu lama berkhidmat,
“hari ini kita membina Gagasan Pakatan Rakyat, berpakat dan bersatudalam perkara yang sama, saing mengerti dalam perkara yang berbeza,”jelasnya.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat berpijak atas resolusi konvensyen, bersatu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman serta meraikan perkara yang berbeza diatara satu sama lain.
Katanya, Konvensyen yang diadakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah menerima hakikat yang sudah ada dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja mengikut perlembagaan.
“Semua parti Pakatan Rakyat dan NGO yang bersama, menerima hakikat yang sudah ada dalam perlembagaan, Islam (sebagai) agama persekutuan dan hak yang adil kepada agama lain, hak istimewa kepada bumiputera (dengan) hak yang adil kepada bangsa yang lain, bahsa ibunda danraja mengikut perlembagaan,
“kami menafsirkan (perlembagaan) dengan pemikian yang merdeka bukan pemikiran yang dijajah….pemikiran yang ikhlas bukan pemikiran yang menipu,”katanya.
*** Dengar dan Lihat Ucapan Presiden PAS Bahagian 1 dan Bahagian 2 di Buletinonline Channel




























