Menangkis Serangan ‘Musuh’ Dengan Teknologi

1693

Oleh : Afini Yahaya

MARANG – PAS Marang tidak boleh ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi mempromosikan parti itu, sekaligus menangkis serangan musuh yang datang dari pelbagai arah.

Setiausaha PAS Kawasan Marang, Mohammad Daik Abu Bakar berkata, sesuatu berita disampaikan terlalu cepat dan pantas pada masa ini.

Oleh itu, menurut beliau, penyampaian dan kekuatan benteng pertahanan PAS mestilah bergerak seiring dan selari dengan situasi semasa.

“Tambahan pula, media berperanan penting dalam PAS untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang sesuatu isu,

“Petugas harus menjiwai peranan pemberita untuk menyampaikan berita yang baik dan telus”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Penulisan Berita, Pengurusan Video dan ‘Live Facebook’ yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Marang pada Jumaat, 19 Januari 2018.

Justeru beliau berharap para peserta dapat mengambil peluang mempelajari ilmu penulisan dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

“Manfaatkanlah platform yang ada untuk terus memberi sumbangan kepada PAS dalam pelbagai sudut,” ujarnya.

Program anjuran Lajnah Penerangan PAS Marang tersebut telah dihadiri oleh 20 orang lebih dalam kalangan petugas setiap DUN di kawasan Marang.