Oleh : Ahmad Amzad Hashim
Jangan kita lupa apa yang berlaku kepada Kampung-kampung Melayu Ladang Tok Pelam dan Kampung Tanjong, Lorong Haji Jamil, dan rumah-rumah orang orang Melayu disitu.


Tanah mereka dibangunkan dengan bangunan-bangunan komersil oleh pemaju dan tiada pemaju yang berniaga mahukan kerugian.
Justeru ‘gedung’ yang sudah siap kenalah dijual, ruang kedai dan pejabat kena dihabiskan, walaupun orang Melayu tak beli mesti ia di jual juga.
Akhir sekali jadilah hartanah asalnya milik orang Melayu Islam Terengganu,bertukar tangan kepada orang asing.
Walaupun penempatan kampung-kampung warisan Melayu sudah beratus tahun lamanya.
Tengok di Chabang Tiga, tapak medan kereta yang dah siap bangunannya, berapa banyak pemilikan melayu?
Sekarang tapak asal pasar Chabang Tiga di kedudukan paling strategik dan bernilai tinggi akan naik bangunan-bangunan komersil lagi.


Apakah definisi sebenar ‘PEMBANGUNAN’?
Adakah bina dan buat banyak bangunan itu dipanggil pembangunan?
Atau pembangunan itu adalah menjadikan orang-orang kita dinamik, berilmu, buka ruang agar rancak berniaga tanpa birokrasi yg menyusahkan.
Tambah kemudahan, infra asas supaya tempat-tempat orang Melayu berniaga ada lebih tarikan seperti parkir mudah, cukup air, ada surau, ada tandas, cukup lampu, cukup bersih, cukup laluan jalan.
Sama seperti yang kerajaan umno sekarang yang tak sayang duit pula untuk belanja besar-besaran di Kampung Cina Kuala Terengganu.
Mengapa pula tak boleh buat perkara yang sama untuk Pasar Borong Gong Pauh? atau Chabang Tiga? Atau Pasar-pasar Malam yang utama, yang jadi tempat orang Melayu berniaga?


Mengapa tak jadikan perjuangan syarikat-syarikat Melayu agar kuasai kerja-kerja ‘fabrikasi onshore’ dan ‘offshore’, ‘upstream’ dan ‘down stream’?
Biar gak ramai orang Melayu Terengganu boleh jadi ‘taikun’ industri?
Atau bagaimana industri maritim? Yang memang satu-satunya negeri yang masih dikuasai orang Melayu kuasai.
Mengapa tak ada cara yang dipimpim oleh kerajaan atau tunjuk ‘muhibbah politik (political will)?
Tuntut pelbagai dari peruntukan kerajaan yang berbilion ringgit setiap tahun atau perbelanjaan petronas yg berbilion juga dari aktiviti luar pantai tempat pengeluaran dan cari gali petroleum dan gas.
Orang tempatan cuma layak jadi ‘tokey’ nasi bungkus saja kah? Tokey dapur untuk suap makanan pekerja asing yag cari rezeki di tanah Terengganu.


Baru bila buat bangunan, orang kita jadi peserta aktif. Bukan pemerhati pasif.
Kelip kelip putih mata tengok semua orang yang punya.
Wang pampasan yang kononnya banyak di Tanjong, Ladang Tok Pelam, Banggol Donas, berapa keratkah yag lekat pada aset milikan rumah dan tanah?
Bukan sedikit lepas tak sampai berapa tahun, bagi-bagi bahagian masing-lagi, akhirnya tidak lagi berbaki. Yang abang beli kereta, yang adik beli motor, yang kakak beli rantai gelang emas. Pindah rumah sewa baru habis beribu ringgit beli perabut serba baru.
Baki wang? Tak dop habis doh awang…………weiiii
***Haji Ahmad Amzad Hashim adalah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)


























