MB Setahun? ADUN Seberang Takir ganti ADUN Kijal?

761

KEMAMAN – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan satu laporan yang membimbangkan para peniaga dan ‘pemain korporat’ di kawasan industri, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau telah dihubungi oleh pihak berkenaan mendesak supaya kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan membuat kenyataan berhubungan dakwaan bahawa Menteri Besar Terengganu adalah ‘Menteri Besar Setahun Sahaja’.

“mereka datang berjumpa dan menelefon saya meminta saya menyuarakan kebimbangan tentang satu laporan yang menyebut bahawa, Menteri Besar Terengganu akan tamat tempoh pada bulan April tahun depan,

“satu laman berita juga melaporkan perkara tersebut, jadi saya minta kerajaan menjelaskan bagi meredakan kebimbangan mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat seorang penduduk Razali Ahmad yang menderita kerana penyakit kencing manis di Kuala Kemaman dekat sini, hari ini, Selasa 11 November. [Gambar]

Menurut Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Laman berita tersebut mendak wa Ahmad Said yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua Mei lalu, akan menjadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja.

Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan.

Laman tersebut memetik satu sumber memaklumkan , surat itu disimpan di istana dan bila tiba Mac depan, Ahmad Said dikatakan akan melepaskan jawatannya.

Menurut sumber yag dipetik itu lagi, baru-baru ini beberapa pegawai kanan kerajaan Terengganu telah mengadu salah laku Menteri Besar itu kepada Perdana Menteri, sebaliknya Najib telah memberitahu Ahmad Said tentang pertemuan mereka.

Sebelum itu, pihak media dilaporkan pernah mengajukan soalan tersebut kepada Ahmad Said selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Ahmad Said menafikan dan berkata “ia cuma cakap-cakap politik” sebagaimana ayat yag biasa keluar dari mulutnya.
Namun begitu, Hanafiah berkata, desas desus begitu kuat berlaku, sehingga ada ‘kelompok’ dalam Umno yang telah ‘menamakan’ pengganti keapada Ahmad Said.

“sumber dalaman Umno Terengganu menyebut beberapa nama, antaraya ADUN Seberang Takir, khabarnya bertiup begitu kencang, bakal menggatikan Ahmad Said,”tambah Hanafiah.