Masalah Muara Sungai Mercang; Nelayan Masih Tidak Boleh Mencari Rezeki

2759

MARANG – Seramai 500 orang nelayan masih tidak dapat keluar mencari rezeki ke laut secara tetap kerana masalah muara sungai Mercang yang cetek dan kerap terkambus, masih belum selesai.

Ketua Penerangan PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong kesal, kerana pihak bertanggungjawab tidak mengambil usaha yang bersunggu-sungguh bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sekian lama.

Katanya, kerajaan hanya meletakkan sebuah jengkaut yang disifatkan hanya sebagai penyelesaian jangka pendek.

Muara Sunga Mercang dari udara, pada Rabu 21 Februari, 2018

“kita mendengar pada tahun lalu kerajaan meluluskan peruntukan RM43 juta bagi penyelesaian jangka panjang samada mendalam atau membina pemecah ombak,

“tapi (malangnya) sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang kelihatan ia akan dilaksanakan,” ujar beliau.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan berkata demikian ketika meninjau kedaan kuala sungai itu pada Rabu 21 Februari.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan memberi penjelasan mengapa orojek tersebut masih lagi belum dimulakan.

“persoalannya ialah dimanakah janji (tersebut masih belum ditunaikan) kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11).

“untuk melaksanakan projek bagi penyelesaian jangka panjang,” tegas beliau

Sehubungan itu, beliau berkata, nelayan yang tidak turun ke laut menyebabkan jumlah ‘penganggur bermusim’ bertambah.

Katanya, ia akan menambahkan beban kerajaan negeri yang sudah pun mengalami kadar pengangguran yang tinggi.

“ia akan menjadi masalah yang lai (apabila) nelaya ini tidak mempunyai pekerjaan yang kini fahami Terengganu ini penganggurannya agak tinggi,

“melihat kepada data asas Terengganu 2016 kadar pengangguran Terengganu antara yang tertinggi di negara kita,” jelasnya.

Berita sebelum ini;

Kerajaan Masih Gagal Selesaikan Masalah Muara Sungai Mercang
Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang