

BESUT – Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu akan menyelesaikan masalah jalan dan tanah para penternak ikan di pantai Kampung Air Tawar secepat mungkin.
Pengerusinya Dr Azman Ibrahim berkata, menjadi dasar kerajaan negeri membantu mereka yang berminat dalam menambah hasil keluaran negeri.
“dan inlah yang menjadi dasar kerajaan negeri dan rasanya apa yang menjadi aduan yang diminta oleh kawan-kawan penternak ini tak susah diantaranya naik taraf jalan,
“saya kan minta segera dengan pegawai-pegawai pembangunan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mereka ambil tindakan mari tengok segera,


“InsyaAllah kita boleh salurkan di samping kita boleh jimatkan dengan kita kaji balik beberapa program yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini….. kita susun semula dari segi keutamaan hak perlu buat,” tambah beliau yang juga Ali Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Katanya, kerajaan sedang membuat penyusunan semula dan kemaskini semua aktiviti Jawatankuasa peringkat negeri untuk dimanfaatkan kepada semua rakyat.


“Saya ambil satu contoh mudah untuk kita ambil faham, sebenar penternak kita di Sungai Como di Tasik Kenyir…… kegagalan penternaan berpunca daripada masalah benih ikan,
“Jadi kalu kta keluarkan peruntukan untuk baiki sangkar ikan di situ ia adalah satu peruntukan yang kita keluarkan tak kena dengan ‘butir masalah’ sebab masalah dia pembenihan,” tegasnya.


Turut hadir semasa lawatan dan berucap pada Majlis tersebut ialah YB Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, yang juga ADUN Kota Putera.



























