Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Masalah beruang yang berkeliaran di Bukit Besi dijangka akan selesai setelah Jabatan Perhilitan mengambil tindakan memasang perangkap.
Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Abas Abdul Ghani berkata masalah beruang itu telah berlaku semenjak lima tahun yang lepas.
“Lima tahun yang lalu dah, (asalnya) dia kacau madu kelulut saya.
“Jadi, sayang buat (pasangkan) pagar elektrik jadi dia tidak boleh masuk kesini, jadi dia cari makan dalam bandar ( Bukit Besi)…(Jadi) bila cari makan dalam bandar, terserempak dengan orang ramai,” ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui pada Sabtu 13 Oktober, mengulas mengenai isu beruang itu.


Justeru itu menurutnya, MPKK Bukit Besi telah menghubungi Jabatan Perhilitan bagi mengambil tindakan selanjutnya bagi memasang perangkap.
” Yang menjadi masalahnya sarang (perangkap beruang) itu hanya ada satu sahaja di Terengganu.
“Jadi setelah kita desak (berkali-kali) maka ambil yang sedang berada di Besut buat datang ke sini, sekarang dalam proses dipasang perangkap,” jelasnya.
Menurutnya beruang itu berkeliaran di merata tempat, berjalan di seluruh kawasan Bukit Besi.
“Dalam makluman (yang dilaporkan penduduk) beruang itu dilihat dua ekor,” ucapnya.




























