Masak Laksa Siam Bersama Ameerah

2283

KUALA TERENGGANU – Muslimat muda PAS komited untuk membawa wanita muda mengasah bakat dalam pelbagai bidang termasuk dalam masakan.

Ketua Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Siti Sarah Mohamad berkata, ianya bertujuan untuk menggalakkan wanita muda terutama ibu muda memasak makanan yang bersih dan berkhasiat.

“Walaupun dalam kekangan masa sebagai suri rumah atau wanita berkerjaya, aspek keberkatan air tangan ibu tidak boleh dipisahkan dari keluarga,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, banyak aktiviti menarik terdekat yang bakal dianjurkan oleh Ameerah DUN Alur Limbat.

“Kita adakan program santai berkala iaitu Semanis Lolipop pada 2 November ini.

“Di samping itu, kejohanan boling persahabatan bakal berlangsung pada 9 November.

“Justeru, ayuh sertai kami bagi sama-sama memeriahkan program,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Demo Masakan Laksa Siam sempena Karnival Jom Ke Masjid di Masjid Pengadang Baru, baru-baru ini (20 Oktober).

Dalam perkembangan yang sama, jurudemonstrasi laksa siam, Nik Kamariah Nik Ya berkata, menu tersebut berasal dari Thailand.

“Saya ubah suai sedikit menu ini mengikut selera sendiri.

“Alhamdulillah, menu ini menjadi kegemaran keluarga dan sahabat terdekat.

“Selamat mencuba,” ujarnya.