Mangsa Banjir Kena ‘Sign’ Borang SPRM; Penyelewengan Agihan Bantuan Amat Serius

1257
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita50/banjir%20permaisuri1.jpg

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim (Gambar bawah), ia menunjukkan sesuatu yang tidak kena kepada agihan bantuan mangsa banjir yang diselenggarakan oleh pihak Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebelum ini.

“ini sudah teruk, mangsa banjir kena daftar dan kena ‘sign’ borang dengan SPRM, mesti ada masalah yang berlaku sebelum ini bantuan banjir di kawal oleh JKKKK,

“jadi memang benarlah (kalau begitu) dakwaan berlaku penipuan dalam mengagihkan dana bencana alam,”ujarnya ketika di temui di sini semalam 12 Oktober.

[Gambar atas kanan; banjir yang berlaku di Setiu pada musim tengkujoh tahun lalu]

Haji Zulkifli yang juga Ahli Jawatankuasa Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubungan perkara tersebut.

http://www.buletinonline.net/v6/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2012/01/Hj%20Zul%20Negara%20Berkebajikan%20hapuskan%20khurafat%20Umnoa.jpgNazri, yang juga merupakan Pengerusi Jawatakuasa Pusat Pengurusan Bencana Negara berkata demikian kepada pihak media selepas mem selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu di sini pada 10 Oktober.

Walaupun ia suatu langkah yang baik, kata Haji Zulkifli, namun kenyataan dari seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan dalam soal integriti dan pencegahan rasuah itu menunjukkan masalah penyelewengan bantuan banjir nampaknya begitu serius.

“ini mesti berlaku penyelewengan yang cukup serius, sehingga Menteri terpaksa mengambil tindakan begitu, kita (PAS) memang diberitahu wang yang diterima oleh mangsa banjir tidak sama seperti yang diumumkan,

“contohnya mangsa-mangsa banjir dilaporkan diberikan bantuan kewangan RM500 seorang, tetapi apabila kita tanya ‘dibawah’ mereka hanya menerima RM300 sahaja,”jelas Haji Zul.

Ketika ditanya, mengapa PAS tidak membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa sebelum ini, beliau berkata tidak bukti-bukti secara berdokumen sukar diperolehi, seolah-olah ada rangkaian konspirasi yang terancang dan berpakat melakukan penipuan tersebut.