Kulit Dalam Umno, Hati Dan Naluri Bersama PAS

1097
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/Mat%20Jusoh%20Che%20Mod%20serah%20borang%20kepada%20Presiden%20PAS.jpg

Itulah pernyataan seorang bekas kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Mat Jusoh bin Che Mood, 62, yang  menyerahkan borang keahlian dan secara rasminya menjadi ahli PAS pada Selasa malam, 9 Oktober lalu.

“selama ini saya ahli PAS tidak rasmi, jadi baru-baru ni saya sudah bersara daripada Felda, tidak ada tekanan apa lagi, jadi saya isi borang ahli PAS seumur hidup, saya dengan isteri saya,”Ujar Mat Jusoh.

Beliau berkata demikian apabila ditemunbual selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri tuan Guru Abdul Hadi Awag pada Majlis Perasmian Markaz Kampung Pinang Baru, DUN Bukit Besi dekat sini.

Menurutnya, beliau yang pernah selama 34 tahun menjadi kakitangan pengurusan Felda di Johor, Pahang dan Terengganu mengakui sebelumnya adalah ahli Umno dan pernah menjadi Pengerusi Tetap Umno Cawangan Felda Jerangau A.

Namun begitu, katanya, beliau yang pernah ‘berguru’ dengan Tan Guru Haji Noh bekas Mufti negeri Kelantan dan bekas Imam Besar Masjid negara tidak dapat melupakan segala tunjuk ajar gurunya itu.

“saya sebenarnya kulit saja dalam Umno, tapi sebenarnya hati dan naluri saya sejak dari kecil sudah dengan PAS, walaupun saya menjadi ahli Umno, benda (isihati saya) itu saya tidak tinggal.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/Mat%20Jusoh%20Che%20Mod1.jpgSehubungan itu, beliau mendakwa Felda sekarang sudah banyak berubah berbanding dengan Felda dulu kerana dicemari oleh ‘orang politik’yang menjadikan segala perlantikan jawatan-jawatan utama dalam Felda di politikkan.

Campurtangan politik ‘Umno’ itu, katanya menyebabkan kakitangan Felda sukar untuk menguruskannya dengan baik.

“sekarang tidak sama dengan dulu, dulu semangatnya (adalah) semangat kebajikan, sekarang ini Felda diarah masuk satu perniagaan (hnya) mencari keuntungan, bukan nak beri kebajikan kepada peneroka, perbeezaannya jauh daripada dulu,”jelasnya.

Justeru, beliau berkata penyenaraian Felda dalam Bursa Saham tidak dipersetujui oleh bukan sahaja oleh kakitangan bawahan Felda, namun termasuk di kalangan pegawai atasannya.

“kalau pandangan saya dan pandangan Pengarah-pengarah Felda tidak setuju (dengan penyenaraian Felda) pasal benda (perkara) ini, bukan menguntungkan para peneroka, (tetapi) menuntungkan satu badan (pihak) lain,

“peneroka cuma dapat beberapa unit saham, orang lain yang (dapat) banyak (saham),”tegasnya.