Oleh : Azizah Mahmood
Setiap tempat bila disebut pasar borong pasti tergambar kesibukan suasana pembeli mahupun penjual dan dalam fikiran kita pasti ianya sebuah pasar borong yang hebat.
Berbeza dengan pasar borong Gong Pauh di Kuala Terengganu, namanya hanya indah khabar dari rupa.
Dari depan nampak hebat bila bersapa, hati terkedu, senyum menjadi kelat sekelat senyum peniaga peniaganya yang 99% adalah melayu beragama islam.
“Beginilah pasar kami, hidup segan mati tak mahu,” keluh seorang penjual kuih di tengah pasar yang sudah hampir enam tahun meniaga lihatlah suasana pasar tidak terurus.


Semuanya berlaku setelah seorang menteri besar menyatakan pasar borong Gong Pauh akan di pindahkan ke Bukit Payong.
Dari situ episod duka Pasar Borong bermula.
“Tahun demi tahun janji sekadar janji bahkan bersilih ganti janji di beri sedang pasar borong yang sedia ada masih tercacak cuma mereka yang berjanji mungkin terlupa,”katanya dan menambah, ia umpama barang yang mereka kejar tak dapat dapat yang di kendong kini dah banyak tercicir dan diabaikan.


Jangan menjadi buta kerana kuasa.
Suara rakyat suara keramat apatah lagi suara mereka yang teraniaya.
Di pijak tidak hancur yang memijak harus akur satu saat semua akan berkubur justeru amanah bukan satu perkara boleh dilebur sesukanya.


“jalan yang teruk berlubang, pagar yang runtuh tiada penghalang, burung burung yang mendatangkan kekotoran mudah mudahan terbela nasib peniaga peniaga kecil dan penjaja yang sebangsa dan seagama dengan kita,”tambah beliau lagi.




























