BESUT – PAS Terengganu telah melancarkan satu lagi produk penerangannya, TV Harap bagi menyampaikan maklumat semasa dengan cepat kepada seluruh rakyat.
Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin mengucapkan tahniah diatas pelancaran program media tersebut dan berharap dengan usaha bersungguh-sungguh yang diambil, akan membawa kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
“sesungguhnya perbagai usaha penerangan yang diambil oleh PAS khususnya oleh PAS Terengganu yang menggabung pelbagai kepakaran dalam media,
“akan membawa kejayaan dalam menghadapi piliha raya umum yang akan datang,” ujar beliau.
Ustaz Hashim berkata demikina ketika melawat ke studio TV tersebut di tapak Himpunan Harapan Semua PAS Gantu Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5), di Kampung Raja dekat sini pada Sabtu 25 Februari.
Sehubungan itu,Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, prpgram TV tersebut yang disiarkan melalui internet akan memaparkan pelbagai isu kepada masyarakat.
“program TV Harap yang telah kita mulakan dan lancarkan secara rasmi untuk seluruh penonton dan rakyat Terengganu melihat,
“bagaimana isu-isu (yang berlaku) di negeri Terengganu sehingga pilihan raya akan datang agar rakyat dapat membuat perubahan,”jelasnya.
Tinjauan atas talian (on line) mendapati, seramai 15,230 orang dikalangan ‘warga maya’ (netizen) telah mengikuti siaran TV tersebut sepanjag minggu lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,353 orang telah menyukai program tersebut di lama sosial, manakala 1,400 mengikutinya (follow).
Antara para pemimpin yang telah diwawancara oleh TV Harap sepanjang program HARAP-PGU 3.5 selain Mursyidul Am ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Setiausaha Majlis Syra Ulama Dato’ Dr. Ustaz Nik Zawawi Salleh, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan selebriti Bob Lokman.
KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menzahirkan sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri membantu golongan muda memiliki kediaman melalui inisiatif Pinjaman Rumah Mampu...
LONDON - Sweden berkata impak konflik yang berterusan di Timur Tengah dijangka jauh lebih buruk untuk ekonomi negara berbanding yang dinilai sebelum ini.
Amaran itu...
KUALA TERENGGANU – PAS menggesa penyelesaian tuntas terhadap isu kos sara hidup yang terus menekan apabila rakyat dilihat masih bergelut dengan peningkatan harga barangan...
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu disaran melakukan anjakan paradigma dengan tidak lagi sekadar berpuas hati sebagai pengeksport bahan mentah, sebaliknya beralih kepada pembangunan...
China mengkritik AS kerana kekurangan 'keikhlasan' mengenai isu nuklear Iran
Teheran, IRNA – Dalam laporan kebangsaan terbarunya mengenai pelaksanaan Perjanjian Anti-Proliferasi (NPT), Kementerian Luar Negeri...