Likulli Ta’khirah Fiha Khirah (Pada Setiap Penangguhan Itu Ada Kebaikan) – Siri 1

1404

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Pertama kali saya menjejakkan kaki di Mekah pada tahun 1995 bersama enam orang sahabat melalui Laut Merah dengan menaiki kapal laut dari Mesir. Selepas empat hari tiga malam kami sampai di Pelabuhan Jeddah.

Di Mekah saya diuji apabila pasport antarabangsa saya hilang. Saya buat laporan di balai polis Mekah, dan saya diberitahu yang saya tidak boleh kembali ke Mesir. Saya perlu pulang ke Malaysia dan buat pasport di sana dan selepas itu baru boleh ke Mesir. Untuk pulang ke Malaysia saya perlu buat pasport sehala di kedutaan Malaysia Jeddah.

Selepas selesai ibadah umrah kawan kawan saya pulang ke Mesir. Saya seorang diri bergerak ke Jeddah. Sesampai di Jeddah saya terus ke kedutaan Malaysia di Jeddah. Setelah mendapat pasport sementara sehala untuk pulang ke Malaysia, saya mengadu kepada pegawai kedutaan yang saya keseorangan, tiada saudara dan kawan.

Saya perlu tempat tinggal dan sedikit duit untuk menguruskan urusan saya sebelum pulang. Namun saya begitu terperanjat apabila pegawai berkenaan menyatakan yang dia serta kedutaan tidak dapat menolong saya. Pegawai berkenaan siap berkata pada saya kalau semua rakyat Malaysia macam saya, susahlah kedutaan.

malaysia consulateSaya melangkah keluar dari bangunan kedutaan dengan penuh rasa kecewa. Di luar bangunan kedutaan, saya buntu, ke mana saya mahu pergi, mana saya mahu berehat dan bagaimana saya mahu makan, duit tak ada.

Saya melangkah kaki menyusuri jalan jalan di Jeddah. Sedang saya berjalan terdengar laungan azan, saya solat di masjid. Selepas solat seorang jamaah melihat saya dan bertanyakan saya datang dari mana? Selepas mendengar cerita saya, beliau mengajak saya ke rumahnya untuk makan. Selesai masalah saya hari itu.

Selepas itu saya ke lapangan terbang Jeddah untuk pulang ke tanahair. Cubaan kali pertama saya untuk pulang pada malam itu gagal. Pegawai imigresen hairan macam mana pasport saya kosong tiada cop masuk ke Saudi. Walaupun saya panjang lebar cerita apa yang telah berlaku pada saya mereka tidak terima. Pegawai imigresen itu menyatakan saya perlu mendapat kan cop pengesahan masuk dari imigresen Saudi Saudi.

Saya kecewa dan sedih. Sudahlah seorang diri, duit tak ada pula. Saya tidur di airport, minum air ‘percuma’ saja.
Pagi esoknya, saya menyewa sebuah kereta teksi sapu. Destinasi saya ialah Pelabuhan Jeddah, sepanjang perjalanan saya ceritakan ujian yang saya hadapi. Pemandu itu simpati dengan saya, dia kata dia akan tolong saya sehingga selesai urusan saya dan tak akan ambil sewa kereta.

Flughafen Jeddah, Airport Jeddah, Saudi Arabia, north-terminal, Nord-Terminal,Di Pelabuhan  Jeddah, pegawai imigresen beritahu yang saya perlu mendapatkan surat pengesahan dari syarikat kapal laut As-Salam untuk mengesahkan saya masuk ke Saudi dengan kapal mereka dan untuk urusan itu saya perlu mendapatkan seorang penjamin warga Saudi. Alhamdulillah pemandu teksi itu sanggup menjadi penjamin saya.

Kami terus bergerak ke pejabat syarikat kapal laut As-Salam. Alhamdulillah selepas berbagai susah payah akhirnya saya berjaya mendapatkan surat pengesahan itu, kami patah balik semula ke Pelabuhan Jeddah untuk mendapatkan cop kemasukan. Alhamdulillah hampir maghrib selesai urusan saya. Saya balik ke lapangan terbang Jeddah.

Malam itu, saya didatangi oleh seorang arab bertanya saya ” anta malizi?”

“Naam ” jawab saya. Beliau terus menghulurkan saya sampul surat dan terus berlalu tanpa berkata apa apa……Bersambung…(Siri 2)