47 Orang Didakwa Cuba Membunuh Erdogan

1228

Sebuah mahkamah di wilayah Aegan Mugla,Turki, pada Isnin mendakwa 47 orang ‘suspek’ atas tuduhan terlibat dalam percubaan pembunuhan keatas Presiden Turki pada cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya Necip Topuz di wilayah Mugla memfailkan dakwaan terhadap suspek, termasuk tiga pelarian pada 15 November di hadapan mahkamah keseksaan.

Turkey attempred coup1Beliau dalam satu kenyataan bertulis berkata, dakwaan itu adalah lengkap dan proses pendakwaan telah bermula.

Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang bercuti di wilayah Mugla barat daya pada malam 15 Julai, telah berlepas ke Istanbul selepas dimaklumkan tentang pergerakan rampasan kuasa

Erdogan sempat melepaskan diri daripada serangan bersenjata ke atas hotel di mana ia menginap di wilayah Marmaris barat .

Hotel ini telah dibom 15 minit selepas pemergiannya.

Rampasan kuasa itu berjaya dihalang, meninggalkan sejumlah 248 orang terbunuh dan 2,193 yang lain cedera.