Oleh :Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Perjuangan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender(LGBT) yang dikatakan berjuang menuntut hak kebebasan sebenarnya perjuangan terbabas dari landasan kehidupan.
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata kebebasan adalah yang terpandu daripada ‘Khalik’ daripada pencipta (agama).
“Bebas yang tidak mengundang risiko, kalau bebas yang berisiko itu mengundang bahana”, ujar beliau.
Ustaz Jamaluddin berucap demikian di dalam program Bicara Addin: LGBT, Ancaman dan Cabaran Masa Kini di Surau Taman Permit Indah di sini pada 23 Oktober.


“Mereka yang berjuang pada peringkat ini, sehingga apa sahaja yang diingini oleh seorang manusia termasuk dalam soal agama, dia nak bebas nak pilih agama manapun, ikut dialah”, jelasnya.
“Dan dalam soal perlakuan-perlakuan dan dia sendiri nak, zina itu perlu dibolehkan, sebab zina itu ialah suka sama suka, lainlah rogol kerana rogol dia jadi mangsa tetapi zina, liwat adalah ‘freedom'”, terangnya.


” Dengan ada lambang, ada persatuan, pertubuhan yang mereka daftarkan, ianya adalah perancangan Yahudi dan Nasara, untuk merosakkan manusia khususnya orang Islam”, ceritanya lagi.
Ceramah anjuran Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Dakwah, Muslimat PAS Dungun peringkat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang telah dihadiri seramai 50 orang muslimat.


























