Layanan Mesra, Senyum Dan Jaga Kebersihan Akan Menarik Pelancong

4045

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA TERENGGANU – Layanan yang mesra dan senantiasa senyum serta menjaga kebersihan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian untuk mengekalkan tarikan pelancong kepada Negeri Terengganu.

Timbalan Pengerusi 1 Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Dan teknologi Maklumat Ustaz Sulaiman Sulong berkata, setiap rungutan pelanggan berkenaan keperluan harus diambil cakna oleh pihak yang terbabit.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya buat sambal lewa dan mengambil mudah ianya tidak akan membantu jenama pelancongan Terengganu.

“Kita membina pemain pelancongan samada pihak kerajaan semua terlibat untuk kita letakkan anjakan membina kepada pasukan pelancongan,

“dan akan membantu bukan sahaja menaikkan imej negeri bahkan ia juga boleh menjana kepada pemain pelancongan ataupun mereka yang terlibat dalam industri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Perasmian Penutup Seminar ke arah Hala Tuju Baru Pelancongan Negeri Terengganu di Dewan Rajawali tingkat dua, Bangunan Marina Duyong Marina & Resort Pulau Duyong pada Khamis, 12 Julai.

Kata beliau, industri pelancongan Terengganu mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimajukan yang boleh menjadi penampal kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu naik turun di sebabkan harga minyak.

“Kita percaya bahawa kini lebih bersedia dinobatkan sebagai negeri pelancongan dengan rangkaian pemudah sampaian yang lebih selesa,

“dan prasarana pelancongan yang lebih baik serta penetapan pemikiran yang lebih berorentasikan perkhidmatan,” ujarnya.

Menurutnya, infrastuktur perlu ditanam pada setiap orang dengan penetapan pemikiran bukan semata-mata hanya di rumah sahaja yang bersih.

“Tempat awam juga hendaklah menjadi sebahagian daripada keperluan dan kewajipan kita untuk dijaga dan dibina sebagai satu tempat yang selesa,

“agar para pelancong akan merasa selesa dengan suasana Negeri Terengganu,” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, tagline “Beautiful Terengganu” Indahnya Terengganu yang menyediakan 1001 daya tarikan dan akan meninggalkan 1001 kenangan manis kepada pelancong yang datang ke Negeri Terengganu.