Kursus ‘Meroti’ Kurangkan Kos Sara Hidup

1548

KUALA TERENGGANU – Dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin mahal, Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar berharap kursus membuat roti (meroti) yang yang dianjurkan dapat mengurangkan kos sara hidup mesyarakat.

Ketuanya, Najihah Ramli berkata, ekonomi yang mencabar memerlukan kepada kemahiran menghasilkan makanan di rumah dan tidak bergantung kepada keluaran kilang.

”program (meroti) pada hari ini diharap mampu memberi semangat yang baru (dalam menghadapi) kesempitan hidup dengan semua barangan dan perkhidmatan yang berbayar,

”dapat menjaga kebersihan dan tidak nengharapkan barangan keluaran kilang dan mungkin menetuskan idea yang baru untuk memulakan perniagaan selepas ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Meroti Bersama Chef Aasseh Ashikin yang diadakan di Kampung Losong pada Selasa, 20 Mac.

Saranan beliau disokong oleh Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed.

Ketika berucap merasmikan program tersebut, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu berkata, program yang dianjurkan memberi kebaikan penduduk dalam kita mengharungi kehidupan dalam keadaan ekonomi serba mencabar pada hari ini.

Katanya, program yang diadakan bukan sekadar teori tetapi dengan praktikal, memberikan bukan hanya kepandaian kepada peribadi ataupun keluarga, tetapi boleh mengembangkannya sehingga menjadi seorang usahawan.

”Dari sudut kita….tak rugi kita mencebur atau mendapat maklumat dan kemahiran untuk kita membuat ataupun menyediakan roti kerana dalam keadaan kita melihat suasana ekonomi kita hari ini,

”dan kita melihat keperluan dalam keadaan kita masyarakat kita hari ini (banyak) kilang-kilang ataupun roti yang dihantar ke kedai-kedai runcitdan pasar raya supermarket, banyak dipelopori orang bukan Islam,”jelasnya.

Oleh kerana itu, kata beliau, program yang kita buat bukan sekadar teori tetapi dengan praktikal, memberikan bukan hanya kepandaian kita secara peribadi bahkan boleh melebar dan memperkembangkannya sehingga seorang menjadi seorang usahawan.

“Insya Allah dengan apa yang kita buat ini banyak memberi kebaikan pada kita dalam kita mengharungi kehidupan dalam keadaan ekonomi serba mencabar pada hari ini.

Katanya, dalam sirah kehiduoan Rasulullah SAW pernah berlaku, baginda didatangi oleh seorang lelaki yang minta bantuan.

”nabi (Muhammad) tidak beri duit tapi dia pergi masuk kat dapur….. dia bagi tali dan dia bagi kapak,
apabila bagi kapak dan tali……lalu orang tersebut ambil kapak dan tali pergi cari kayu.

”ada sahabat tanya kenapa Rasulullah tak bagi duit tak bagi makanan. Kata Rasul ‘kalau aku bagi makanan kalau aku bagi duit nescaya besok lusa (dan) mereka akan terus begitu (susah),” kata Ustaz Ahmad.

Justeru, kata beliau, kemahiran perlu ada kepada masyarakat supaya boleh menyelamatkan mereka dari kemiskinan disamping terus berusaha menurut apa yang diperintah oleh Islam, mencari yang halal.