Kos Sara Hidup Dan GST ; Rakyat Sokong PAS

2625

KEMAMAN – Tekanan hidup rakyat pada hari ini dengan kos sara hidup dan Sistem Cukai Dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan rakyat menyokong Parti Islam Semalaysia (PAS).

Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman Ustaz Alias Abd Hamid berkata, rakyat memberi undi kepada parti PAS kerana rakyat dapat menilai sebenarnya apa yang berlaku semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang lalu.

“PAS target (sasarkan) dua DUN dalam kawasan Kemaman iaitu DUN Chukai dan Kemasik yakin dari awal lagi memberi kemenangan,

“Tapi DUN Air Putih ini kita tengok perkembangan mutakhir ini apabila berkempen saat akhir beri kemenangan pada PAS dan begitu juga di peringkat parlimen serta tiga DUN kita menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan PAS di Kemasik pada Jumaat, 10 mei.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengarah PAS Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, DUN kemasik merupakan kali pertama dalam pilihan raya umum (PRU) ke -14 memenangi di DUN Kemasik.

“Saya mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan dokongan yang diberikan oleh seluruh pengundi kepada PAS dan seluruh jentera yang berkerja kuat,

“Dan semoga Allah mengurniakan kekuatan untuk terus mencurah sebaik khidmat untuk DUN Kemasik dan negeri Terengganu,”ujar beliau lagi.