Kor Medik Dan Penyelamat Pelengkap Khidmat Jabatan Amal

6845

Oleh : DMS

Kejayaan himpunan bersejarah umat Islam pada 18 Februari 2017 untuk menyokong Pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (H355) di Padang Merbok telah membuktikan agar syariah Islam wajib di perkasakan agar rakyat beroleh kesejahteraan.

Di satu sudut sebalik kejayaan itu, tanpa di sedari kemunculan Unit Kor Medik dan Penyelamat di bawah Jabatan Amal Malaysia juga menjadi satu sejarah yang berjaya menjalankan tugas memberikan bantuan kecemasan kepada ribuan orang yang hadir harus di beri penghormatan.

Dengan tugas yang di amanahkan berjaya di lakukan penuh disiplin,tegas,dedikasi,semangat kerja berpasukan yang tinggi melayakkan mereka setaraf dengan pasukan medit yang sedia ada.

Menurut Mohd Aidil Firdauz, Pengarah Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia mereka telah melakukan tugasan awal tiga hari sebelum himpunan di adakan dengan mengenalpasti logistik, keperluan bekalan dan peralatan perubatan bagi memberikan khidmat terbaik menghadapi sebarang bentuk kecemasan.

“alhamdulillah, kita mempunyai anggota terlatih, antara 60 ke 80 orang anggota Kor Medik selain mendapat kerjasama yang baik dari Emergency Department Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam melancarkan tugasan membantu mereka yang di landa masaalah kesihatan, kecederaan dan sebagainya di H355 ini,” katanya ketika di temui di hari H355 tempoh hari.

Tiga buah Ambulan telah di gunakan oleh unit Kor Medik masing-masing satu dari Jabatan Amal Malaysia Pusat, satu dari Yayasan Amal Terengganu dan sebuah dari HKL telah membantu melicinkan tugasan apabila pesakit terpaksa di hantar ke HKL untuk mendapatkan rawatan susulan.

Kesudian di kalangan para doktor dan jururawat menyertai Kor Medik juga di akui oleh Firdauz telah berjaya melancarkan tugasan di H355 ini dan membuktikan bahawa Jabatan Amal Malaysia mempunyai misi dan visi terbaik dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

“tugasan kita di H355 ini lebih mencabar dengan 35 kes berbanding 30 kes di Fastaqim tempoh hari yang membabitkan pesakit kebanyakkannya adalah wanita yang mengalami demam, sesak nafas (Asma ) akibat dari peserta himpunan yang ramai, termasuk seorang yang cedera terjatuh dari longkang,” menurut Firdauz puas kerana teamnya berjaya melakukan tugasan terbaik yang di amanahkan.

Kecemerlangan Kor Medik dalam menjalankan tugas, Unit Trafik yang mengawal lalu lintas dan parkir, Unit Semboyan sebagai perantaraan dan unit-lain membuktikan Jabatan Amal Malaysia pasukan beruniform yang berada dalam kelasnya tersediri dalam apa jua situasi mereka akan berada di hadapan kerana mottonya “Beramal Kerana Allah”.