Kontraktor Penyelenggara Pagar Elektrik Sering ‘Ghaib’

3308

Oleh : DMS

SETIU – PAS kesal kontraktor pagar elektrik yang dilantik kerajaan, bagi menghalang gajah liar memasuki kebun para penduduk, sering ‘ghaib’ dan tidak melaksanakan tugasnya dengan baik.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Terengganu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, ia menyebabkan gajah mudah tersebut mudah menceroboh dan memusnahkan tanaman.

gajah rosakkan tanaman4“kontraktor yang di berikan tangungjawab untuk menyelenggara pagar elektrik bernilai RM200,000 setahun itu jarang berada di kawasan tersebut mengakibatkan penyelenggaran yang tidak sempurna,

“sebab itu, gajah masuk kerana dan memusnahkan tanaman,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan ke kawasan terbabit di Kampung Pelung, Langkap dekat sini pada Rabu 1 November.

Ia berikutan kejadian ancaman gajah liar yang merosakkan tanaman pekebun kelapa sawit sepertimana di laporkan dalam akhbar tempatan.

Katanya, para petani terbabit mengadu, fenomena ‘raja rimba’ masuk kebun itu bukan lah kali pertama dan ianya sering berlaku selang beberapa bulan.

Namun, kata Yang Dipertua PAS itu, ianya boleh di atasi sekiranya penyelengaraan pagar elektrik berjalan dengan baik.
Sehubungan itu, seorang penduduk kampung berkenaan Mohd Nor Mamat berkata, menjadi rutin kepada ‘Sang Belalai’ itu, kembali semula ke kawasan tersebut setiap dua atau tiga bulan sekali.

“biasanya gajah liar ini akan datang balik setelah dua, tiga bulan………ke tempat yang ia pernah makan dan membuang najis,

gajah rosakkan tanaman1“jadi sekiranya pagar elektrik ‘molek’ dia tak boleh masuk, lama kelamaan dia akan beredar ke tempat lain,”katanya.

Sementara itu, seorang pekebun Haji Nawi Mohd mendakwa, tanaman kelapa sawitnya hanya tinggal 15 pohon sahaja daripada 900 pokok yang di tanam.

“habis semua angkara gajah……….tinggal 15 pohon saja yang tidak di usiknya,” kata beliau dengan nada yang sedih.

Justeru itu, Ustaz Sahari menggesa kerajaan membuat pemantuan rapi dan memastikan supaya kontraktor yang diberi tanggunggjawab menguruskan pagar tersebut, terutamanya menjelang musim tengkujuh ini.

“kejadian ini sekurang-kurangnya akan dapat di atasi jika penyelenggaraan pagar elektrik di jaga dengan baik dan ianya adalah lebih baik jika kontraktor ini dari kalangan orang Terengganu,

“dan tugas penyelenggaraan di berikan pada penduduk tempatan,”kata Shaharizukirnain.

Beliau menambah, PAS akan membangkitkan isu tender pagar elektrik tersebut ini menerusi wakil-wakil rakyatnya, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang, agar kejadian yang merugikan orang kampung itu tidak berulang.