Keyakinan kepada Allah Faktor Kejayaan

1661

SETIU – Untuk istiqomah dalam perjuangan menegakkan agama Allah, setiap pejuang mestilah yakin, percaya dan sentiasa bersandar kepada Allah.

Personaliti TV, Syed Abdul Kadir Aljoofre mengingatkan, jika hanya bersandarkan kepada logik akal, ianya akan menemui jalan buntu.

Beliau yang merupakan tetamu istimewa Bicara Hijrah yang diadakan sempena sambutan Awal Muharram ok di Dewan Terbuka Taman Rekreasi Merang, di sini pada Sabtu 14 Oktober.

“Mana boleh, tak bolehnya, nikan Malaysia negara majmuk, cina ramai… tapi kalau kita betul-betul ‘solid’ dengan janji Allah, Allah boleh tolong,” ujar beliau

Beliau mengungkap beberapa kisah Nabi Muhammad  Sallahu’alaihiwasallam dan sahabiah, Ummu Aiman yang berjaya berhijrah dari Mekah ke Madinah, walaupun berbagai kekangan kerana pertolongan Allah.

“Kenapa dia dapat pertolongan tu, sebab dia yakin kepada Allah, percaya kepada Allah, Allah akan bantu kita,” tambahnya

Justeru, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofrey menyeru para hadirin untuk membantu saudara Islam Rohingya yang telah dizalimi dan diusir dari tanah air mereka sendiri dan seterusnya melancarkan Tabung Rohingya.

Hasil sumbangan tabung tersebut, menurutnya, akan disalurkan terus kepada mangsa Rohingya yang berada di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh menerusi pertubuhan yang berdaftar.

Di samping itu, katanya, juga tabung amal kebajikan Nisa Setiu tersebut turut diedarkan bagi membantu  merancakkan lagi program-program berbentuk kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan khususnya di Daerah Setiu.

Menurut Ketua Nisa Setiu merangkap bendahari Nisa Terengganu, Siti Ruqayah Mohd Akashah penganjuran majlis ilmu berbentuk santai  itu, untuk menarik lebih ramai anak muda menyertainya.

“Program ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan Nisa’ Setiu dalam menyuburkan budaya ilmu di kalangan penduduk setempat,” jelasnya