Menghadapi musim banjir 2014 adalah pertama kalinya Badan Perhubungan PAS Terengganu melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan menyusun jentera operasi berdasarkan SOP Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS Pusat. Standard operasi yang diseragamkan struktur dan fungsinya dengan gabungan armada pelbagai kepakaran bermula dari Bilik Gerakan Banjir Negeri kepada Bilik Gerakan Banjir bagi setiap kawasan parlimen seterusnya di peringkat Dewan Undangan Negeri dan akhirnya kepada Pusat Operasi di lokasi-lokasi terjejas banjir.


Pelan bertindak meliputi langkah demi langkah bermula dari tugasan sebelum banjir, semasa banjir seterusnya kerja-kerja pasca banjir merangkumi gerak kerja pembersihan dan pembaikian.


Sebagaimana biasa, jentera Unit Amal adalah antara yang paling menonjol dan dihormati di lapangan. Kami juga mendapat kerjasama yang sangat baik dari agensi-agensi kerajaan seperti ATM dan JPAM.
Bagi pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Negeri Terengganu, saya merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dari perlbagai pihak di semua peringkat yang telah bersama menyumbang samada masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya demi menjayakan operasi ini.


Yang pertama, ketiadaan sistem saliran yang sempurna sehingga kepesatan pembangunan seperti penambakan tanah dan pembinaan bangunan-bangunan telah mewujudkan halangan-halangan kepada aliran ke sungai dan seterusnya ke laut. Jelas kelihatan Daerah Kuala Nerus amat memerlukan kepada Monsun Drain yang berperanan mengalirkan air ke laut ketika musim tengkujuh melanda.


Yang kedua, keghairahan dengan projek pembangunan sehingga mengorbankan kawasan tadahan air di Baruh Tok Jiring dan Baruh Padang Kemunting juga antara sebab utama berlakunya banjir. Apabila kawasan baruh atau paya yang berperanan sebagai takungan air semulajadi ditimbus dengan tanah demi pembangunan dan keuntungan sesetengah pihak yang berkepentingan, maka ke mana lagi air hujan nak mengalir?
Di mana peranan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam hal ini? Atau mereka telah memberikan nasihat yang betul. Tetapi ada tangan ghaib yang lebih hebat dari mereka untuk meluluskan projek.
T

Maklumat di lapangan juga menyebut bahawa terdapat 8 mengabang (out flow) yang berperanan mengalirkan air keluar ke sungai dari kawasan Baruh Tok Jiring dan Baruh Padang Kemunting telah tidak diselenggara sehingga menyebabkan tersumbat dan gagal berfungsi pada saat ianya sangat kritikal diperlukan.
Pelan seterusnya bagi Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu adalah bersedia untuk mengahadapi sebarang kemungkinan banjir gelombang kedua yang bakal melanda.
Dr Azman Ibrahim
Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu
merangkap Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemsayarakatan PAS Terengganu.





























