Ketakutan Razif Ada Asasnya

7238

KUALA TERENGGANU – Kebimbangan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, yang dianggap kubu kuat Umno Terengganu, ada asasnya.

Justeru itu beliau mula ‘menabur wang’ untuk menjinakkan para pengundi terutama di kampungnya sendiri, Kampug Baru yang beliau kalah sebanyak 44 undi pada pilihan raya umum (PRU) Kali Ke-13.

Januari lalu, menurut sumber yang tidak mahu dikenali, Razif telah memberikan wang sebanyak RM4,000 kepada orang kampung, sebagai belanja untuk program bakar ayam atau ‘BBQ’.

Namun begitu, tidak ramai yang hadir pada program yang di taja oleh Razif, yang juga MB Terengganu itu.

“tak ramai….adalah tiga, empat puluh orang yang datang,”ujar sumber tersebut, yang menambah, dengan belanja sebesar tu, ‘tak padan’ berbanding jumlah yang orang.

PRU lalu mencatat sejarah, walaupun masih tidak mampu mencipta sejarah, PAS Seberang Takir bersyukur dan berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Ustaz Zakaria Dagang berkata, perbezaan yang ketara ialah, kempen PAS berjaya mengurangkan undi ‘orang lama’ kepada BN.

“selain itu…….kita menokok undi orang muda! PAS berjaya memenangani empat daripada daripada enam Unit Peti Undi (UPU),

“berbanding BN yang hanya memenangi dua UPU sahaja walaupun majoriti PAS terlalu kecil berbanding majoriti BN,” ujarnya ketika dihubungi.

Ketakutan Razif juga terserlah apabila beliau diberi kuasa sebagai MB, ‘melonggokkan’ semua projek ‘mega’ di Seberang Takir.

Antaranya ialah, projek ‘indah khabar dari realiti’ yang dipanggil, ‘Projek Akuapolitan Kuala Nerus’.

Semasa melancarkannya pada pulan Mei tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ‘bercakap besar’ dan berkata, projek menelan kos RM180 juta itu, memberi fokus menaik taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan.

“Kerajaan BN (Barisan Nasional) dan UMNO sudah berjaya membuat sesuatu yang orang lain gagal buat.

“Terbukti kita berjaya cetuskan satu lagi idea baharu iaitu pembangunan nelayan ala FELDA yang kali ini bersandarkan sumber laut,” ujarnya.

Namun, mungkin Najib juga termasuk kepada ‘golongan Melayu yang mudah lupa’, kerana hanya beberapa tahun lalu, pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi, juga pernah berjanji begitu, ketika melancarkan perlumbaan perahu layar Piala Monsun (Monsoon Cup)

Gambar yang paling popular Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika musim ‘Monsoon Cup’ Memuncak

“dekad dulu pernah diadakan Pertandingan Kapal Layar peringkat dunia atau ‘Monsoon Cup’,

“Kononnnya projek ini untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat khususnya kaum nelayan dengan perbelanjaan mencecah RM1000 juta.

“Semua itu adalah sejarah pembaziran mega Umno dan BN Terengganu,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.

Sehingga kini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, nelayan tetap misikin, masih ‘kais pagi makan pagi’ dan pergi pagi ke laut, untuk mencari rezeki keluarga waktu petang.

Apa yang menyedihkan ialah, ketika tinjauan dibuat ke Pusat Latihan Dan Kemahiran Akuapolitan di Taman Permint Perdana, Kampung Batin, Seberang Takir.

Tidak ada satu pun kursus yang ditawarkan adalah berkait dengan ‘Sea Felda’ iaitu yang mirip dengan skim Felda sebagaimana kata Najib, disesuaikan dengan masyarakat nelayan.

“Kursus percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut, Membaiki Telefon Bimbit, Dandanan Rambut, Kursus Pemandu Pelancong,

“Pendawaian Elektrik dan Perpaipan Asas, Kulinari, Jahitan dan Rekaan Fesyen,” menurut poster yang disebarkan kepada orang ramai.

Lebih malang lagi, atas projek ratusan juta ringgit itu, hanya 43 orang peserta yang diambil pada tahun 2016, dengan dua kursus sahaja yang dibuka iaitu, kulinari dan jahitan.

Sehingga kini, setelah tiga bulan berlalu tahun 2017, belum ada seorang pun peserta yang diambil untuk menyertai pelbagai kursus yang di war-warkan!

“Kursus kulinari dan jahitan memang ada ‘sokmo’ doh bawah Yayasan Pembagunan Keluarga (YPK) tak perlu bawah ECRE atau UMT……..membazir je,” kata Dr Alias Razak, spontan.

Berita terkait;

Dihalau MB Kerana Minta Bantuan Persekolahan