KUALA TERENGGANU – Sudah lima tahun berlalu, sejak pengumuman projek pembinaan jalan dan jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong dibuat oleh bekas Menteri Besar Umno Dato’ Seri Idris Jusoh kira-kira tiga bulan sebelum pilihanraya umum ke 13 tahun 2008.
Kemudian, projek itu disambung dari Kampug Jeram ke Banggol Tuan Muda, seterusnya ke Pulau Sekati hingga ke Kampug Losong Kuala Terengganu, melibatkan jajaran yang melintasi Kampung Banggol Donas.


Sehingga kini, dasar prinsip tadbir urus yang baik (Good Governance) dalam semua dimensi pengurusan, pematuhan peraturan undang-undang (rule of Law) serta ketelusan maklumat (Transperancy) masih tidak diamalkan oleh kerajaan Umo dan Barisan Nasional (BN) baik di peringkat persekutua atau pun peringkat negeri Terengganu.
Dalam kes Tanah Banggol Donas, tiga laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan aduan turut dibuat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
Namun begitu, sehingga kini, tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung ‘perlaggaran’ yang telah dilakukan keatas peduduk kampong Baggol Donas.


Oleh sebab itu kemungkinan Sultan Terengganu bertitah menegaskan perlunya kerajaan negeri melaksanakan ‘Good Governance’ dan ‘Transperancy’ dalam sidag DUN baru-baru ini.
“kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said perlu menambahbaik prosedur kerja dan mengurang karenah birokrasi untuk memperkaya pengurusan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
“Ini termasuklah nilai integriti dan akauntabiliti yang sedia wujud dalam kepimpinan negeri ini dan Beta harap sistem ini terus diamalkan dan ditingkatkan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Sidang Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Wisma Darul Iman pada 13 April, 2014.


“perlembagaan persekutuan memperuntukkan, tidak boleh melucutkan mana-mana hak rakyat tanpa mewartakannya terlebih dahulu seperti kes tanah Kampung Banggol Donas yang termasuk dalam Projek Pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntung,
“ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, mukasurat 37,”jelasnya ketika berucap membahaskan pembentangan bajet 2013, pada Sidang DUN Negeri 11 Disember 2012.
Usul Perkara 30, yang pernah cuba dikemukakan oleh ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berhubung kes tanah Banggol Donas ke dalam Sidang DUN turut tidak dipertimbangkan, tanpa sebarang justifikasi yang munasabah.
Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu berulang kali menegaskan bahawa PAS tidak menolak kemajuan dan pembangunan.
“Sepatutnya sebelum nak buat jalan tu, perlu ada rundingan. Supaya mengambil kira hak dan kepentingan budaya orang asal tu. Nak adapt balik kehidupan tu susah. Sedangkan ia boleh dielakkan kampung tu.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di kompleks mahkamah Kuala Terengganu, selepas menghadiri prosedur pendengaran, kes penduduk Kampung Banggol Donas mencabar notis 425 yang dikeluarkan oleh pejabat Tanah, pada Rabu 23 April.
Pada 8 oktober, 2013, pihak pejabat tanah, penguatkuasa dan polis telah ‘menyerbu’ rumah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong dan cuba mengusirnya dengan notis ‘425’, notis mengosongkan tanah dan rumah.
Haji Salleh telah mencabar notis itu, dengan membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Sehubungan itu, Dr Alias selaku Pengerusi Lujnah Tanah PAS Terengganu berkata, kerajaan terpaksa menghadapi masalah dan merugikan duit rakyat, hanya kerana mahu tunjuk kuasa dan tidak mengaku ‘kalah’.


“Terpaksa berdepan dengan rakyat, berlaku kelewatan projek, akhirnya kos makin meningkat, masalah semakin banyak dan tuntutan pampasan pun akan meningkat berkali ganda. Itu merugikan duit rakyat, bukan Umno,”tegasnya.
Oleh sebab itulah kata beliau, sekiranya berlaku perundingan dan persetujuan lebih awal antara pemilik tanah dan kerajaan, sebarang masalah bleh dielakkan.
“Dan kalau rundingan awal (dan pesersetujuan), masalah takkan berlaku. Yang penting kerajaan perlu bersedia mendengar suara rakyat,”jelasnya.



























