Perpaduan Hamas-Fatah Menjadi Keberangan Rejim Zionis

1115

BANDARAYA GAZA – Pemimpin Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang bertelagah sebelum ini telah bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan tidak lama lagi.

Perdamaian tersebut disambut dengan kegembiraan yang membawa beribu-ribu orang warga Palestin meraikannya ke jalan-jalan raya.

“Satu perjanjian telah dicapai bagi pembentukan kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu kerajaan bebas yang diketuai oleh Presiden Mahmud Abbas ,” menurut satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh Perdana Menteri Hamas di Gaza Ismail Haniya di hadapan delegasi dari Pertubuhan Pembebasan Palestin ( PLO ).

hamas-fatah_2890997bPerjanjian Palestin telah dicapai semasa rundingan di Bandar Gaza antara pemimpin Hamas dan pasukan PLO yang diketuai oleh Azzam al- Ahmad , seorang tokoh kanan dalam gerakan Fatah.

Ia disambut dengan kegembiraan oleh rakyat di Gaza dan di bandar-bandar dan kem-kem pelarian di seluruh wilayah kecil, serta di Tebing Barat dengan orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan menjerit “perpaduan Palestin ! ”

Ia bukanlah kali pertama bahawa kedua-dua pesaing Palestin itu mengumumkan satu perjanjian untuk menamatkan tujuh tahun pentadbiran Palestin berasingan di Tebing Barat dan Gaza.

Oleh itu, disebalik kegembiraan, beberapa penganalisis melahirkan pendapat yang bercampur-campur terhadap keputusan yang dicapai oleh pemimpin Hamas dan PLO itu.

“Orang ramai telah mendengar perkara yang sama berulang -ulang kali dan setiap kali perjanjian itu telah ‘dilanggar’ oleh sama ada Fatah atau Hamas, ” kata Samir Awad , profesor politik di Universiti Birzeit di Tebing Barat .

Seorang lagi Penganalisis, Hani al- Masri berkata, perdamaian itu tidak memiliki apa-apa dokumen sebenarnya dan Ia boleh runtuh pada bila-bila.

“Perdamaian (antara puak Palestin ) dan rundingan (dengan Israel) kini hanya taktikal – setiap sisi mempunyai pengiraan sendiri.”kata Hani.

Namun begitu, percubaan terbaru oleh kepimpinan Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat untuk berdamai dengan Hamas di Gaza menarik reaksi marah daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pemimpin Zionis itu menyatakan, perdamaian itu menunjukkan Palestin tidak serius dalam usaha menyelamatkan rundingan damai antara Palestin dengan Israel yang ditaja Amerika Syarikat.

Rejim Israel serta merta telah menggantung perjanjian damai tersebut.

Tidak lama selepas perdamaian Hamas-PLO itu diisyhtiharkan oleh pemimpin Palestin, Netanyahu mengumumkan pesawat terbang perang Israel telah menyerang sasaran di Beit Lahiya , di utara Bandaraya Gaza, yang mencederakan enam orang warga Palestin di Gaza.