Kes Kampung Banggol Donas Ke Perhimpunan Agung Umno

1445

KUALA NERUS – Dalam usaha untuk menyelamatkan kampong tradisi, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengambil langkah menghantar satu memorandum semasa Perhimpunan Agung Umno akan datang.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, setelah pihaknya membuat beberapa semakan tentang isu Kampung Banggol Donas, Pemuda PAS akan mengambil langkah tersebut pada 27 November akan datang.

“Setiausaha saya (dan) Ketua Penerangan Pemuda (PAS Malaysia telah) datang untuk melihat, jadi saya dah melihat serba sedikit tentang rumah-rumah berkenaan isu (Kampung) Banggol Donas ini.

“Dan saya dapati bahawa banyak saluran banyak, saluran telah dilaksanakan maknanya dari segi, membuat rayuan , tindakan untuk menyelamatkan kampong ini telah dibincangkan di peringkat negeri, kemudian SPRM pun dah di peringkat negeri, debat parlimen pun sudah dihantar, jadi maknanya semua ruang-ruang itu dipenuhi lah.

“Mangsa telah membuat bantahan-bantahan sewajarnya, jadi kita fikir, ada ruang lagi untuk kita cadangkan iaitu kita akan hantar satu memorandum, semasa perasmian perhimpunan agung UMNO iaitu pada 27 November yng akan datang,”ujarnya.

Beliau berkata, cadangan tersebut telah dipersetujui oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Haji Salleh Embong.

Suhaizan berkata demikian selepas melawat sekitar Kampung Banggol Donas dan mendengar taklimat perkembangan isu tersebut di rumah Haji Salleh, pada Khamis 13November.

Beliau menyatakan kekesalan kerana usaha-usaha dan cadangan yang dibuat bagi menyelamatkan Kampung Banggol Donas tidak diambil perhatian oleh kerajaan.
Katanya, penghakisan tanah rezab Melayu dan pemusnahan kampung-kampung tradisi bukan sahaja berlaku di negeri Terengganu, bahkan di seluruh negara, tanpa ada satu tindakan untuk menggantikannya.

Beliau bimbang, jika ia tidak dihalang, tidak ada kampung untuk tempat tinggal bagi orang Melayu pada masa yang akan datang.

“kita nak tarik perhatian (seluruh rakyat) berkenaan dengan tanah-tanah warisan yang terhakis, maknanya tidak ada pembelaan, bukan saja di Terengganu sebenarnya, di Melaka, di Johor, Negeri Sembilan, di seluruh negara,

“yang mana kampung tradisi ini dipinggirkan, maknanya seolah-olah kalau nak ambil, ambil lah, seolah-olah tiada usaha untuk menggantikan kampong lain, kalau benda ini tidak dihalang, kita khuatir, Malaysia ini akan datang tak ada kampung.

Warisan yang sepatutnya ada. Jadi tarikan, dan juga jadi tempat tinggal khususnya orang melayu. Ini kebimbangan kita sebab tu lah kita nak pentingkan dari segi penghakisan kampong melayu tradisi,”jelasnya.