Kerajaan UMNO/BN Terengganu Yang Dungu !

1789

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/IMG_4333.JPGSekitar pertengahan tahun 2008, tarahan bukit yang ‘botak’ jelas kelihatan dari jauh, melahirkan kebimbangan awam terhadap projek ’tidak pernah ada’ kelulusan alam sekitar itu.

Bukankah telah ada dua projek mega raksaksa yang bernilai lebih setengah billion dalam Bandaraya Wawasan Pesisir Air Kuala Terengganu?

Apa kurangnya Pulau Duyong ? Yang dimajukan dengan wang ratusan juta ? Apakah Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM 300 juta dengan pelbagai replika binaan antarabangsa masih tidak menarik pelancong ?

Itulah antara persoalan-persoalan yang tidak pernah dijawab oleh kerajaan negeri Terengganu yang pekak, bisu dan kini menjadi dungu !

Berikutan paparan laporan akhbar media perdana hari ini Buletinonline menyeru seluruh rakyat Terengganu supaya menyedari kehidupan ini secara hakiki, antara tamak haloba dan kerakusan, kemanusiaan dan keperluan pembangunan sejagat.

Setelah runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, bocornya kolan renang di Batu burok, Syiling Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang runtuh, menara komunikasi yang tumbang dan terbaru, bumbung masjid yang tidak samapai setahun dibina turut runtuh.

Tidakkah cukup lagi peringatan buat kita !

 ______________________________________________________________________________________

Kuala Penduduk Bimbang Tanah Runtuh

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
[email protected]

KUALA TERENGGANU 9 Okt. – Setiap kali tiba musim tengkujuh semua penduduk di negeri Pantai Timur termasuk Terengganu akan berasa bimbang.

Ini kerana mereka juga terdedah dengan kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh terutamanya di sekitar kawasan bandar.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan sekitar Jalan Cherong Lanjut mendapati beberapa kawasan rumah penduduk dan sebuah surau di bawah Bukit Pak Apil mempunyai kesan aliran lumpur akibat hujan lebat beberapa hari kebelakangan ini.

Difahamkan, banjir sering berlaku di sekitar kawasan tersebut yang menempatkan kira-kira 600 penduduk.

Namun kejadian itu semakin buruk dipercayai selepas projek Taman Puncak Panorama, Bukit Pak Apil dimulakan dua tahun lalu.

Projek yang dijangka siap Oktober tahun depan itu bertujuan mewujudkan lokasi pelancongan baru bagi melihat keindahan Kuala Terengganu dari puncak bukit.

Namun keadaan tanah yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan banjir lumpur di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherong Lanjut, Yeo Sin Soon, 52, kejadian banjir lumpur tahun lalu yang menyebabkan rumah penduduk dipenuhi lumpur kembali membimbangkan penduduk apabila tiba musim tengkujuh.

Katanya, keadaan projek di atas cerun Bukit Pak Apil yang masih rancak berjalan menyebabkan banjir lumpur mudah berlaku selain dibimbangi berlakunya kejadian tanah runtuh.

“Sebelum ini, tiga kali kejadian banjir lumpur dan beberapa kejadian tanah runtuh kecil telah berlaku di sekitar kawasan tersebut sehingga sebahagian longkang masih dipenuhi pasir dan lumpur itu.

“Kerja-kerja di atas bukit tersebut juga tidak sempurna apabila hanya sebahagian tebing sahaja diletakkan batu penahan tanah dan sebahagian lagi dibiarkan kosong.

“Kita bimbang sekiranya hujan lebat beberapa hari, kapasiti air yang turun terlalu laju sehingga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur, memandangkan tiada kolam takungan lumpur dibina,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa aduan telah dibuat kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan bagi menangani masalah tersebut.

Beliau berharap, pihak-pihak berkenaan dapat bertindak sesuatu sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Bacaan berkaitan;

KT Tidak cukup tarikan lagi ? Projek Bahaya Bernilai RM25 juta

Penduduk Taman Jalan Cerong Lanjut Pula Terima Akibat Penarahan Bukit Pak Apil

Projek Itu Tidak Patut Dilaksanakan – Dr. Ma