279 orang Tinggalkan Umno

768

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/IMG_3967.JPG telah diadakan dipentas ceramah Pakatan Rakyat bersama Ketua Umum PKR dato’ Seri Anwar Ibrahimn di Kampung tersebut

Antara mereka yang mengisytiharkan keluar dari UMNO adalah Ketua Kampung Sirusa, Encik Zainal, yang telah menjadi ahli Umno selama 15 tahun.

Anwar memulakan kempennya di Bagan Pinang sebaik pulang dari luar negeri, dengan bertemu dengan masyarakat India di Ladang Sua Betong petang semalam.

Ketika berucap dihadapan lebih 500 orang hadirin, beliau berkata, kedatangannya ke Bagan Pinang untuk berkempen bukan kerana mahu melawan calon UMNO, tetapi mahu mengajak rakat kepada perubahan.

Katanya perubahan yang di maksudkan oleh pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan mengangkat calon yang mewakili Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar menjadi  wakil rakyat .

”Sebab apa kita sokong calon PAS (mewakili) Pakatan Rakyat  Zulkifley Mohamad Omar, sebab kita tahu dia (Zulkefly) punya pendirian, baik PAS atau Keadilan atau DAP, dia mesti jaga (kaum) Melayu, jaga Cina, dan India,

”dulu kita angkat (pilih) calon UMNO dan calon MIC, tapi dia (mereka menjadi) kaya,” katanya.
 
Katanya, antara perubahan yang beraya dilaksanakan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Selangor adalah pemberian air percuma dan sistem takaful kifalah.

Di Kelantan, katanya, pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Azizi tidak melaksanakan dasar zalim sebagaimana kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat kena berterima kasih kepada pembangkang kerana dapat menyampaikan suara rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secara berkesan

http://www.youtube.com/watch?v=gcTIkVP1eOA