MARANG – Kerajaan persekutuan hari ini mahu menghukun dan menghina orang Melayu, sebaliknya PAS terus berusaha untuk berbincang dan menyatukannya.
“Gunakan isu rasuah cari banyak-banyak orang Melayu rasuah cari… hok kecik-kecik sampai ke besar nak siasat.
“Kalau tak cukup tambah hok fitnah, campur, orang Melayu saja, hok bukan Melayu yang bagi rasuah bebas,” tegas Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.
Dalam perkembangan politik semasa, Ustaz Hadi berkata, kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid berkenaan pembahagian kerusi untuk PRN Melaka adalah “kenyataan peribadi” beliau.
“Kita masih berunding…..Dewan Negeri Melaka belum bubar lagi, kita berusaha nak menyatukan Dan menyelamatkan orang Melayu.
“walaupun BN ada 20 kerusi ADUN tapi Parlimen kosong, tak ada ikut keputusan pilihan raya umum, selepas PRN Melaka,” jelas Ahli Parlimen Marang itu.


Menurut beliau, PAS mempunyai dua kerusi parlimen pada PRU15 yang mesti diambil kira dalam perbincangan agihan kerusi akan datang
“Keputusan pilihan raya umum itu yang terkemudian, sebab itu kena ambil kira belaka dan kita akan terus berunding dari semasa ke semasa,” jelas beliau lagi.





























