PORT DICKSON – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, yakin PN mampu mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan momentum sokongan rakyat yang semakin memihak kepada gabungan itu.
Ustaz Abdul Fatah Zakaria berkata, kemarahan rakyat terhadap kerajaan sedia ada dilihat semakin ketara, malah keputusan pengundian awal turut memberi petunjuk positif kepada PN.
“Insya-Allah, dengan keadaan momentum rakyat yang nampak begitu marah kepada pihak Pakatan Harapan, kita yakin boleh memperoleh kemenangan. Daripada keputusan pengundian awal juga, insya-Allah kita mendahului.
“Mereka juga mengharapkan sebuah perubahan berlaku di negeri Sembilan ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraih kempen
di kediaman Mantan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Dato Hj Nawawi Daud, hari ini.
Mengulas gerak kerja kempen, Abdul Fatah berkata beliau bersama jentera parti turun padang setiap hari menziarahi pengundi di sekitar Bagan Pinang.
Menurutnya, jentera Perikatan Nasional termasuk dari Terengganu telah bergerak secara menyeluruh bagi memastikan seramai mungkin pengundi ditemui sepanjang tempoh berkempen.
Beliau turut menyifatkan kerjasama antara penyokong Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sebagai satu faktor yang mampu memberikan kelebihan kepada PN pada hari pengundian.
“Penyokong Barisan Nasional dan penyokong Perikatan Nasional yang sedia ada bergabung. Insya-Allah, kita berharap akan berlaku perubahan di Negeri Sembilan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi agar keluar mengundi awal dan menunaikan tanggungjawab memilih calon Perikatan Nasional.
“Insya Allah jagalah kesihatan masing-masing dan tidurlah awal
“Pagi besok Sama-samalah Buat mengundi Untuk mengundi Dekatan Nasional calon no.2 Ustaz Fatah,” tambah beliau.
Baiki para pertama


























