Kerajaan PAS Terengganu Tunai Janji Manifesto

21682

Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – Kepimpinan PAS yang baru berusia 51 hari mengambil-alih pentadbiran negeri selama 51 hari telah menunaikan janji awal manifesto Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tiga janji manifesto awal PRU14 lalu mula ditunaikan.

Katanya, antara janji manifesto PAS pada kempen PRU14 jika Terengganu berjaya diperintah akan menangguhkan bayaran pinjaman Yayasan Terengganu.

“Janji Manifesto PRU14 kita (PAS) baru-baru ini. Jika PAS berjaya perintah Terengganu. Kita akan tangguhkan bayaran balik untuk pinjaman Yayasan Terengganu (YT) selama dua bulan iaitu Jun dan Julai 2018, sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita (kerajaan) tangguh bayaran sempena bulan Ramadan dan Syawal untuk keselesaan rakyat, bayaran tetap dikenakan selepas itu,” jelasnya.

Selain itu katanya, janji melaksanakan Karnival Kahwin kali pertama secara percuma telah diadakan serentak pada hari ini di setiap daerah dalam negeri Terengganu.

“Karnival Kahwin, pakej pertama pada hari ini berjalan lancar dan meriah…..dengan majlis akad nikah diadakan di masjid Intan Zaharah Dungun bermula jam 8.30 pagi,

“oleh enam orang jurunikah serentak, dimulakan dengan khutbah nikah oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Nik Pegawai Agama Daerah Dungun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Walimatul Urus Peringkat Daerah Dungun pada Sabtu, 30 Jun Sabtu di Arena Square, dekat sini.

Menurutnya, kesemua 30 pasangan pengantin tersebut telah diarak sejauh lebih kurang 600 meter, diiringi paluan kompang oleh kumpulan marhaban yang dijemput khas.

“(bagi) peserta baharu (carnival kahwin) dibuka pendaftarannya sekarang untuk pakej kedua bulan November 2018, akhir tahun ini,

“permohonan boleh dibuat di pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), di daerah masing-masing mulai sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata, tiada had peserta bagi pakej akan datang itu dan majlis walimah akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika jumlah terlampau ramai.

Katanya, pakej perkahwinan itu adalah bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan muda yang sebelum ini terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mengongkosi majlis perkahwinan mereka.

“Maka kerajaan mengambil inisiatif membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat,” tambah beliau.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Ahli Palimen Dungun Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli, ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun dan Pegawai Daerah Dungun Haji Ibrahim bin Mohamad, bersama isteri masing-masing.