Kerajaan PAS Komited Bangunkan Veledrom Segera

6542

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS, memberikan komitmen akan merealisasikan sebuah velodrom yang telah lama tertangguh.

Menurut Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ia merupakan hadiah kemenangan kontijen negeri dan pencapaian cemerlang atlet berbasikal dalam temasya SUKMA 2018.

“dan saya juga memberikan komitmen yang sesungguh-sungguhnya, bahawa kita akan berusaha untuk memastikan velodrom dapat dijayakan dalam waktu segera,

“lama dah….yang kita nak bagi sukan berbasikal kita,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Sambutan Kepulagan Kontinjen SUKMA, di Dataran Batu Buruk, hari ini Ahad 23 September.

Beliau berkata, ketika menghadiri suka dwi-tahunan itu di Perak, Terengganu mendapat pujian ramai sebagai tempat melahirkan ahli sukan terkenal di Malaysia.

Malah kata Dr Samsuri bukan sahaja di peringkat nasional, bahkan mahu melahirkan atlet bertaraf dunia.

“kita bukan bercakap tentang negeri Terengganu sahaja (tapi) kita mahu atlet kita cemerlang di peringkat dunia,

“dalam bajet akan datang, kita akan masukkan peruntukan khas untuk pembagunan sukan dan atlet berprestasi tinggi,

“yang bukan sahaja tentang sukan tetapi kebajikan para atlet juga akan dijaga,” jelasnya.

Terengganu telah menjadi juara keseluruhan SUKMA XIX dengan meraih 56 pingat emas, 51 perak dan 53 pingat gangsa.

Ini adalah kali kelima Terengganu mengungguli temasya yang memasuki edisi ke-19, sekali gus mengetepikan dua kuasa sukan ta­nah air, Wilayah Persekutuan (52 emas, 38 perak dan 50 gangsa) dan Selangor (47 emas, 68 perak dan 67 gangsa).