Kerajaan PAS Akan Selesaikan Masalah Rakyat

3712

HULU TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu akan menyelesaikan masalah bagi memastikan kehidupan rakyat menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kasim berkata, antara kesulitan yang dihadapi oleh penduduk DUN terbabit ialah, tiada kemudahan perbankan.

Oleh itu katanya, beliau akan berusaha untuk berbincang dengan pihak berkaitan, sekurang-kurangnya menyediakan khidmat kemudahan jururuwang elektronik (ATM)

“Bayangkan kalau nak ambil duit RM50 mereka yang berada di Felda Mengkawang jarak perjalaanan lebih kurang 50 kilometer untuk ambil duit RM50,

“Jadi kalau kita boleh buat ada mesin ATM ataupun kita wujudkan bank di Pekan Ajil maka tentulah akan mempermudahkan mereka,

“dan akan mengurangkan perbelanjaan minyak untuk mengambil duit tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dirumahnya, di kampung Peroh, pada Ahad, 13 Mei.

Selain itu, beliau juga akan mengkaji kedudukan pasar minggu Kampung Bukit Diman, antara pasar yang terbesar di daerah Hulu Terengganu.

Katanya, lokasi pasar itu yang terletak di jalan utama, menyebabkan kesesakan lalu lintas serta membahayakan pembeli dan pengguna jalan raya.

“ini perkara yang perlu diutamakan walaupun benda ini kita tengok kepada prasarana lain apabila kita nak buka satu lokasi baru dari segi tapak pasar minggu,

“tentu kita akan fikir dari kemudahan asas yang lain antaranya cukup tak tempat parking,

“kita akan mencari lokasi baru pasar minggu untuk kemudahan rakyat dan dari sudut kebersihan, kekemasan jualan dan sistem yang sangat penting adalah keselamatan pembeli dan penjual,

“Mereka menjual di tepi jalan betul-betul dan masalah ‘parking’ serta ketidakselesaan pembeli terpaksa parking jauh kemudian nak beli barang,” kata beliau.

Ustaz Maliaman juga berjanjir akan berusaha memajukan semula pasar buah Ajil yang kini terletak pada satu sudut yang tidak strategik.

Katanya, para peniaga mengalami kemerosotan jualan kerana pasar berada di lembah jauh daripada pengunjung.

Sehubungan itu, beliaun menyeru semua rakyat Terengganu, khususnya penduduk Ajil agar kembali bersatu selepas PRU14 selesai.

“Saya mengharapkan apa-apa pertelingkahan sekiranya wujud semasa pilihan raya umum (PRU) ke 14 kita hapuskan dan kembali kepada pendamaian dan kesejahteraan hp serta bermuafakat,

“dan menjadikan masjid serta surau sebagai satu titik pertemuan dan pendamaian ukhuwah Islamiah serta dari segi itulah kita akan membina kekuatan Islam di bumi Ajil,

“Dengan wujudnya pondok itu inysa Allah akan dapat membantu dari segi pembangunan rohani masyarakat setempat ,” jelasnya.

Belia juga akan meneliti bangunan mercu tanda di persimpangan Ajil – Kuala Terengganu agar ia di manfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat, dan tidak menjadi projek ‘gajah putih’