Kerajaan Adalah ‘Bughah’ Sebenarnya

1190

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah ‘bughah’ sebenarnya, kerana gagal mengurus dan menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat naik.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dato’ Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata kegagalan kerajaan menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tidak selesa kerana kenaikan harga p[elbagai barangan dan perkhidmatan.

“kerajaan (Umno-BN) adalah sebenarnya ‘bughah’ kepada rakyat, kerajaan yang menjadi sebab kepada rakyat hari ini yang hidup tidak selesa………jadi (sebenarnya) kerajaan (yang) menderhaka kepada rakyat,

“kerana gagal menunaikan amanah yang patut ditunaikan kepada rakyat (menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik),”ujarnya.

Dr Khairuddin Aman Razali2Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar dekat sini pada Selasa 7 Januari.

Dr. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan Mufti negeri Perak gagal melabelkan para peserta demonstrasi TURUN pada malam ambang tahun 2014, Selasa lalu sebagai ‘bughah’.

“(Tan Sri Harussani) gagal mewajarkan tindakan beiau melabelkan orang yang (menyertai demonstrasi TURUN) sebagai bughah,

“kalau kita rujuk tidak ada satu ‘hadis’ yang dibawa datang (sebagai hujah menuduh) orang yang turun dengan tangan kosong berdemonstrasi membawa sepanduk menyatakan tidak puas hati terhadap kerajaan sebagai bughah,”katanya mengulas tulisan terbaru Harussani dalam senuah media arus perdana. [Lihat Video http://youtu.be/zkT8vRCpGZ0 ]

Beliau menegaskan, apa yang dilakukan oleh rakyat yang turun pada malam itu adalah bertepatan dengan perlembagaan Malaysia yang membenarkan demonstrasi secara aman.

Katanya, demonstrasi seperti itu dalam Islam, bukan sahaja hukumnya ‘harus’, bahkan orang-orang Islam yang menyertainya diberi pahala kerana melakukan amalan sunat.

Dr. Khairuddin yang juga mantan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menolak dakwaan Harussani yang menyatakan, sekiranya rakyat mahu menegur pemerintah, hendaklah ‘secara bersembunyi’

“hujah kalau hendak menegur pemerintah mestilah secara tersembunyi…..hadis (yang beliau bawa) itu adalah hadis yang dipertikai oleh alim ulamak,

“mengapa (beliau) tidak mengambil hadis yang lebih sahoh (jelas) yang tidak dipertikai oleh ulamak………..Abu Muslim al-Khaulani seorang ‘Tabi’in besar’ yan menegur Muawiyah Abu Sufyan secara ‘direct’, terang-terangan didepan khalayak ramai,”jelasnya .

Katanya, Muwaiyah ditegur secara berdepan ketika beliau selaku seorang pemerintah menyekat
bantuan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

Menurutnya, adalah sayugia teguran secara bersembunyi dibuat kepada pemerintah sekiranya ia melibatkan kesalahan ‘peribadi’ pemerintah terbabit.

Namun sebaliknya, isu kenaikan harga barang adalah isu yang melibat masyarakat dan dirasai oleh orang ramai.

“isu peningatkan kos sara hidup……..potongan subsidi (kenaikan) harga minyak dan sebagainya ini (adalah) perkara yang dirasai oleh semua orang dan kita tahu apa yang berlaku secara berleluasa,

“maka (ia) kemungkaran yang berlaku secara terang-terangan, (dan) mesti ditegur secara terang-terangan,”kata beliau.

Katanya, beliau sedia untuk bermuzakarah, dengan mana-mana pihak daam isu-isu seumpamanya supaya rakyat boleh menilai manakah satu yang benar dengan merujuk kepada al-Quran dan al-hadis.

Bahkan beliau mengalu-alukan, mana-mana pihak yang bersedia menjadi penganjur untuk mempertemukan Tan Sri Harussani dengan Dewan Ulamak PAS, untuk berbinncang secara harmoni, berilmiah dan lebih akademik.

http://www.youtube.com/watch?v=zkT8vRCpGZ0&feature=share&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q