KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO akan memperkenalkan kenyataan misi (Mission Statement) yang akan memandu semua agensi dibawahnya.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa tersebut Ustaz Haji Hishamudin Abd Karim berkata, ia akan menjadikan kerja secara lebih berfokus dan berjaya untuk meningkatkan kualiti hasil.
“Pertemuan hari ini untuk melumatkan beberapa agenda berkenaan portfolio Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO,
“dan fokus tertumpu isu sukan negeri serta pembangunan belia,” katanya catatan laman sosialnya pada Rabu, 29 Mei.


Menurutnya, beliau dan Ustaz Wan Sukairi sebelum ini, telah mengunjungi TSG Terengganu Cycling Team dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) serta bermesyuarat bersama Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Hoki Terengganu.
“Itulah Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO…… Ustaz Wan Sukairi Abdullah tetap tersenyum dan gigih bekerja untuk capai sasaran,” kata beliau.
Turut hadir sama dalam pertemuan itu ialah Ketua DHPP Kuala Terengganu Jefri Chua yang kebetulan, berurusan membabitkan kaum Tionghua untuk perhatian pihak kerajaan. 





























