Selama 15 hari kontinjen PAS Terengganu bermukim dan berkempen di Sungai Limau, akhirnya, keputusan pilihanraya kecil itu, telah membuktikan PAS berjaya mengekang kemaraan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terenganu YB Ariffin Deraman berkata, petugas PAS Terengganu yang membantu jentera pilihanraya negeri kedah telah memulakan operasi pada 19 Oktober lalu.
“dengan kehadiran gerombolaan petugas melalui 4 gelombang yang dibentuk……..Alhamdulillah, PAS berjaya mengekang kemaraan BN dengan kemenangan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samat dengan majoriti 1084,”ujarnya.
Menurutnya, walaupun majoriti berkurangan, ia sudah cukup memberikan gambaran pengundi menolak BN.
“ia merupakan bukti yang jelas, rakyat menolak GST, pengurangan subsidi gula dan integriti kerajaan BN yang amat teruk,”jelasnya.
Katanya, sebanyak RM 15.5 juta wang dengan pelbagai janji projek serta pemberian telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun pendirian rakyat Sungai Limau amat jelas.
Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Paduka Mukhriz Mahathir berkata, kononnya, DUN Sungai Limau tiada pembangunan, sedangkan saban hari, rakyat yang rata-ratanya pesawah pasi adalah penyumbang kepada industry makanan Negara.
“pemimpin BN menggunakan ‘taktik’ lama mengumpan dengan isu pembangunan sedangkan ralkyat Sungai Limau sudah maju dari segi pemikiran,
“mereka tidak membesarkan kawasan perumahan, kerana mahu mengekalkan keluasan tanah padi yang dimaklumkan kepada saya, Sungai Limau adalah kawasan paling subur,”kata Ariffin
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat yakin, gelombang pemikiran Sungai Limau akan berkembang dan membentuk pemikiran politik baru menjelang pilihanraya umum kali ke-14.
Katanya, Umno dan BN sudah ketinggalan zaman, bahkan ketinggalan dalam teknologi terutamanya dalam sektor padi.
“sebagai contoh, apabila Presiden PAS menabur benih padi dalam air, dihebahkan media dan Umno-BN cuba menjadikannya sebagai isu,
Ini menunjukkan, tegas beliau, Umno-BN sebenarnya tidak dekat dihati rakyat, dan akhirnya, rakyat Sungai Limau telah mengajar mereka.
Ariffin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh petugas khususnya dari dari negeri Terengganu yang telah menunjukkan komitmen demi menegakkan Islam dalam perjuangan PAS.
“Moga Allah membalas pengorbanan dan keringat yang dicurahkan. Tidak lupa petugas dari Kawasan Pendang dan UPU Batu 16 dan Padang Lumat,”tambahnya