Pada 12 Januari lalu, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif ‘gatal-gatal mulut’ menyebut, kalau harga minyak dunia jatuh USD 1 setong, Terengganu akan kehilangan gaji dan elaun kakitangannya bagi tempoh setahun.
Hari ini, mulut Razif ‘masin’ kerana harga minyak dilaporkan jatuh dibawah 30 USD dan kemungkinan terus jatuh.


Razif bukan ‘tok nujum’ tapi katanya, ramalan menunjukkan mungkin harga minyak akan jatuh sehingga 20 USD setong.
Sepatutnya negara alaysia dan negeri Terengganu tidak gusar dengan kejatuhan harga minyak kerana telah bersedia lebih lama, sejak puluhan tahun lalu.
Kerajaan Pusat ada Petronas yang dilaporkan telah mempelbagai aktiviti perniagaannya, bukan sahaja hanya bergantung kepada minyak dan gas sahaja.


Pasti pulangan tersebut sudah di letakkan dalam tabungan yang boleh digunakan dalam menyelamatkan ekonomi syarikat dan negara, menghadapi keadaan genting.
Terengganu pula telah menubuhkan dengan penubuhan Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAWNT) sejak lebih suku abad yang lalu.
Dengan maksud dan tujuan memberi jaminan kehidupan kepada anak-anak negeri, sekiranya berlaku sebarang masalah kepada sumber pendapatan utama, minyak dan gas.
Maka sudah tentu, usaha yang sudah melebihi tempoh melebihi 25 tahun itu sudah membuahkan hasil, pasti pelaburan yang dibuat sejak zaman ‘Ayah Wan’ Mokhtar menjadi MB itu sudah matang dan pulangan hasil yang ada bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Kecuali, kedua-dua usaha oleh dua-dua agensi tersebut ‘gagal’ dan kewangan jutaan rnggit yang dilaburkan menjadi ‘debu’ bahkan tambah malang sekiranya, labanya tidak masuk kepada tabung simpanan dan bocor di tengah jalan.
Jika berlaku demikian, memang ia sesuatu yang amat mengerikan!


Pada hal, pada awal tahun ini, 188 Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) dan Pegawai Sokongan Teknikal (TSO) telah kehilangan pekerjaan apabila mereka ditamakan perkhidmatan, kerana projek E-Book yang tidak ada kajian dilaksanakan sejak tahun 2009 lalu, telah gagal.
Razif berjanji lagi, akan memberi pinjaman RM10,000 kepada para mahasiswa yang ‘mengaji’ diluar negara dan memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan itu, sedang sebelum ini, mereka telah pun mengalami nasib buruk bila biasiswa dan pinjaman mereka ditarik dan dibekukan.
Pada masa yang sama, Razif mengumumkan akan memberi sebanyak 19 kali ganda lebih banyak berbanding peruntukan kepada kepada bantuan mahasiswa itu.
Bola sepak akan diberikan sebanyak RM20 juta pada tahun ini, mencerminkan ia lebih penting dari membantu ‘mahasiswa lapar’ yang disebut oleh beliau sendiri.


Tidak ada perancangan khusus untuk membantu para peniaga kecil yang terkesan dengan kelembapan ekononomi, para petani, penoreh getah dan nelayan yang sedang bergelut ‘kais pagi, makan pagi’.
Razif setakat hanya mencadangkan, hanya mencadangkan supaya kerajaan pusat menubuhkan suatu ‘task force’ yang katanya “berfungsi sebagaimana Majlis Tindakan Ekonimi Negara menghadapi Krisisis Ekonomi Negara pada tahun 1988”.
Bajet Terengganu 2016 yang berjumlah RM 2.103 Billion akan dikaji, tapi belum kedengaran lagi apa-apa projek yang Razif tangguhkan untuk langkah berjimat cermat menghadapi ekonomi yang tidak menentu.
Belum ada apa-apa perubahan dalam gaya hidup pemimpin Umno peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan yang meyakinkan, bahawa negara dan negeri sedang menghadapi ekonomi yang genting.


Sebuah rumah lagi, umah atap biru dekat tepi pantai Seberang Takir, yang menurut orang kampung, dikaitkan dengan Razif juga nampak semakin berseri-seri.
Rakyat berharap agar semua kata-kata dari mulut Razif terus masin dan menjadi kenyataan, bukan ‘cakap ak serupa bikin, hanya tabur janji-janji kosong lagi!





























