80 Penoreh Getah dan Nelayan Terima Sumbangan

877

Oleh : DMS

SETIU – PAS Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah meraikan golongan penoreh getah dan nelayan pada satu majlis pennyampaian sumbangan berikutan terjejasnya pendapatan mereka pada waktu-waktu kebelakangan ini.

Bagi penoreh, harga getah yang murah memenyukarkan kehidupan mereka dan keadaan laut bergelora pada musim tengkujuh menyempitkan mata pencarian para nelayan kerana mereka tidak dapat turun ke laut.

Ketua Pemuda Dun Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail, PAS sentiasa dekat dan memberikan kebajikan sekadar kemampuan yang ada parti parti itu.

IMG_20160113_112048Katanya, pemberian kebajikan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban terutamanya pada musim sesi baru persekolahan bermula.

“inilah antara kebajikan yang dapat kita hulurkan dalam membantu sekadar yang mampu…….. dalam meringankan kos sara hidup yang terlalu tinggi sekarang ini,”kata Shafizi, selepas menyampaikan bantuan tersebut di pejabat DUN Batu Rakit, Kampung Pancur Kuin dekat sini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan Pmuda PAS Terengganu berkata, walaupun kita ‘belum’ menjadi kerajaan.

Katanya, sumbangan seperti ini tetap akan di teruskan seperti sebelum ini dan in sha allah jika di beri peluang nanti kita akan terus melakukannya dengan kadar yang lebih baik lagi.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD), Ustaz Mohamad Nazari Alias berkata PAS Batu Rakit akan menjadikan setiap hari Sabtu adalah hari kebajikan.

Nazari“di samping program ziarah, kebajikan akan terus di jalankan mengikut keperluan semasa…..ia adalah antara agenda utama pada tahun 2016 ini,

“saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menyumbang dan melakukan amalan kebajikan sebagaimana yang diperintahkan kepada kita sebagai orang-orang Islam,”jelasnya.

Beliau berkata demikianselepas menyampaikan sumbangan kepada golongan nelayan pada satu majlis berasingan di Kampung Pengkalan Atap.

Seramai 80 orang nelayan dan penoreh getah telah menerima sumbangan yang berupa keperluan dapur itu, secara berperingkat sejak pertengahan musim tengkujuh awal Disember lalu.