HULU TERENGGANU – PAS mengharapkan sokongan daripada semua pihak samada daripada ahli dan seluruh penyokong mengekalkan kemenangan PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir.

Bendahari Pemuda PAS negeri Terengganu, Ustaz Hilmi Harun berkata, ia adalah demi merealisasikan cita-cita murni PAS meningkatkan kebajikan dan membantu rakyat.

Katanya, PAS menekankan keperluan asas rakyat yang mana menawarkan lot perumahan penginapan kepada masyarakat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan rakyat tidak lagi terbeban dalam menjalani kehidupan seorang warga negara.

“20 tawaran awal manifesto PAS Terengganu boleh dilihat dalam laman sesawang online menawarkan suatu tawaran yang menarik,

“Dan ianya menyelami serta menyusuri keperitan dan kesusahan hidup rakyat yang dihadapi oleh semua golongan masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga merupakan calon PAS DUN Manir di temui pihak di rumahnya di Kubang Lembek, dekat sini, petang pada Isnin, 30 April.

Katanya, apa yang dilihat dan didengari sekarang keluhan rakyat daripada semua lapisan masyarakat menjalani kehidupan yang sangat susah.

“Kesempitan hidup dengan cara yang lebih menyeluruh bahawa kita semua menghadapi suasana yang bukan mcam dulu,

“Kalau dulu orang kampung boleh hidup dalam tenang dan tidak memikirkan sangat tentang kenaikan harga barang seumpamanya,

“Tetapi sekarang semua peringkat semua lapisan masyarakat menghadapi tekanan dari sudut kewangan dan kesempitan hidup,” jelas beliau.

Tegas beliau, kekangan dan kesempitan hidup yang berlaku adalah kerana salah urus tadbir kekayaan negeri dan negara yang perlu ditangani dengan segera.

Oleh itu, PAS mengharapkan sokongan padu dari semua pihak untuk mengubah pemerintah pilihan raya umum (PRU) ke 14, 9hb Mei ini.

“Dan kita kena yakin bahawa duduk dalam negara demokrasi, kuasa rakyat melebihi daripada mana –mana kuasa samada kuasa wang ataupun kuasa kerajaan ia tidak akan berlaku kecuali dengan sokongan daripada rakyat keseluruhan,” ujar beliau.

Mantan ADUN Manir itu berkata, rakyat perlu berani untuk melakukan perubahan kerana demokrasi adalah kuasa rakyat yang sangat besar.

“Apa yang kita harapkan perbandingan yang kita lakukan ini adalah satu perkara yang memberikan pembukaan kepada pemikiran kita,

“Bagi melihat suatu perubahan dan kemampuan daripada semua pihak untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan negeri tercinta ini,” katanya lagi

Justeru, saya menyeru kepada seluruh rakyat sedar dan dapat memberi sokonagn padu pada perjuangan Islam serta beri peluang kepada parti PAS memerintah dengan mengambil alih pemerintahan.

“Dan Insya Allah kita dapat melihat tawraan manifesto yang kita tawarkan ini berpijak di alam realiti,” tambah beliau