Kegembiraan Hari Keempat Syawal ‘Tersentak’

1535

SETIU – Kegembiraan hari raya keempat Syawal ‘tersentak’, bagi keluarga Zainal Shafie, 44, apabila dahan pokok besar di sebelah rumahnya jatuh lalu menimpa sebahagian terataknya.

Menurut Zainal, kejadian malang itu berlaku secara tiba-tiba pada pukul 11.00 pagi itu, ketika mereka sekeluarga sedang bersantai di ruang tamu rumahnya.

Berikutan kejadian itu, Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir telah melaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Terengganu untuk tindakan segera.

“Berlaku tiba-tiba…..,” kata Zainal Shafie, 44

“terima kasih pada JKM yang pantas hadir petang ini untuk membantu menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh Zainal sekeluarga,

“dan juga J3K Kampung Tanjung (yang memaklumkan perkara tersebut,” ujarya ketika ditemui di rumah Zainal, di Kampung Tanjung, Batu Rakit

Yang DiPertua PAS Setiu itu menzahirkan rasa gembira dengan tindakan pantas yang diambil oleh JKM dan J3K terbabit.

Justeru itu, beliau telah menziarahi keluarga mangsa pada sebelah petang untuk menyampaikan sumbangan peribadi beliau.

Turut hadir dan memberikan penjelasan tentang proses permohonan bantuan ialah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, JKM, Mohd Rizuan bin Abdullah.

Sementara itu Zainal ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan terima kasih atas bantuan segera yang telah dihulurkan kepadanya sekeluarga.

“saya rasa gembira dan terima kasih pada semua kerana hadir hari ini tertama YB dan JKM untuk membantu kami sekeluarga,” Kata beliau.