Kebun ‘Berisiko Tinggi’ Di tanah Air Sendiri

767

Mahmud Abu Madek, 27, bersama 82 penduduk kawasan Ummu an-Naser di utara Gaza menggadai nyawa menjalankan usaha tani walau pun sedia maklum, nyawa kehidupan mereka dihujung senapang zionis Israel.

Mereka adalah di kalangan 65% penduduk Badwi Palestin yang tidak mempunyai pekerjaan dan sempadan harian mereka adalah tembok konkrit Israel, yang terletak hanya 300 meter dari rumah mereka.

Kawasan Ummu an-Naser adalah kawasan paling miskin di Gaza, hampir keseluruhan penduduknya hanya mengharapkan makanan bantuan agensi asing untuk meneruskan kehidupan.

Tetapi selepas hasil tanaman ubi kentang dan kacang tanah dituai sejak 2013, bukan sahaja jaminan makanan kepada kehidupan penduduk terbabit, bahkan mereka memperolehi pendapat dari hasil jualan.

Namun begitu, kebun yang dibangunkan di kawasan zon penampan (buffer zone) pemerintah zionis Israel itu merupakan kawasan pertanian paling berisiko didunia.

Walaupun selepas perdamaian perang ‘hijaratu min sijjil’ selama 22 hari pada tahun 2012, telah membenarkan warga Palestin menghampiri sehingga 100 meter ke pagar sempadan, 56 kejadian tembakan telah dilaporkan pada tahun lalu.

Kebanyakan peluru rejim zionis yang disasarkan kepada para petani tersebut adalah pada jaralk mereka sejauh 300 meter dari kawalan sempadan.

Dua kisah, kejadian yang berbeza telah direkodkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR).

Dalam satu insiden, anak kecil Palestin telah cedera dan seorang petani dibunuh walaupun mereka sekurang-kurangnya berada satu kilometer dari ‘dinding sempadan’.

Dalam satu lagi kes, Amna Atiyeh Qdaih yang berusia 58 tahun telah ditembak dan dibunuh berhampiran sempadan Israel.

kebun buffer zone gazaMenurut laporan, Israel berkata ia telah ditembak kerana warga Palestin itu mencurigakan dan menghampiri sempadan.

Sebaliknya, saudara mara Qdaih bagaimanapun berkata, beliau sakit mental dan disyaki merayau terlalu dekat dengan kawasan sempadan dengan tidak sengaja.

Sejak awal tahun ini, empat rakyat Palestin termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak telah dibunuh, dan 57 orang (termasuk tujuh kanak-kanak ) telah cedera , menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA ).
” Apabila rakyat Gaza mendekati dalam had tanpa [a] permit, mereka diberi amaran mengikut prosedur terkawal dan menyeluruh,” kata jurucakap pejabat tentera Israel.

Tentera Israel menyatakan bahawa had semasa bagi rakyat Palestin di Gaza adalah 300 meter dari pagar sempadan dan bahawa peraturan-peraturan disampaikan kepada rakyat Palestin melalui pertubuhan serantau tentera.

Tetapi agensi-agensi PBB dan Palestin serta oraganisasi hak asasi manusia Isarel sendiri berkata garis panduan Israel tidak jelas, dan telah mengutuk penggunaan senjata api tentera Israel secara langsung untuk menguatkuasakan sekatan akses.

“Majoriti penduduk cuba untuk mengelakkan datang lebih dekat daripada 300 meter tetapi Israel [ tentera ] mensasarkan warga Palestin walaupun di luar 300 meter,

“para petani semasa mereka mengakses tanah atau bekerja di kebun mereka, mengumpul kerikil dan batu, tidak boleh memastikan tentang kehidupan yang selamat di kawasan itu , ” kata Khalil Shahin , dari Pusat Hak Asasi Manusia Palestin di bandaraya Gaza.

Tambahnya sekatan ke atas akses kepada zon penampan (buffer zon) itu juga mempunyai kesan ekonomi yang buruk kepada rakyat Palestin.

Sehingga 2010, PBB menganggarkan 35 peratus tanah pertanian Gaza telah terletak di kawasan-kawasan akses terhad, yang memberi kesan kepada kehidupan dan mata pencarian kira-kira 113,000 orang warga Palestin.

Kementerian Pertanian Palestin menanggarkan kerugian langsung sebanyak $ 268 juta (dollar Amerika) akibat serangan Israel semasa pencerobohan tentera zionis ke Gaza pada tahun 2008-09. – sumber alJazeera