Bagi mendekati golongan remaja dan muda, Dewan Pemuda PAS melalui Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) menganjurkan aktiviti santai Islamik, sejajar dengan syariah.
Kali ini, giliran Kelab Penunggang Alternatif (Alternative Riding Club – ARC) menganjurkan konvoi bermotosikal, beriadhah dari Gombak ke Kuala Kubu Baru.
Gerombolan yang disertai lebih 80 orang itu telah dirasmikan pelepasannya oleh ADUN Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan.
“orang muda memang lebih suka program yang berbentuk santai tetapi mencabar, namun walaupun penuh dengan keseronokan (saya berpesan agar) ia tidak melanggar syarak sepanjang program berlangsung.
“tungganglah (motosikal) dengan selamat disamping membawa imej yang baik disepanjang perjalanan,”ujarnya.
Perjalanan dari Gombak ke Sungai Chiling itu memakan masa lebih sejam.
Bagi langkah keselamatan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini atas jalan raya, konvoi tersebut diiringi sebuah pacuan empat roda.
Menurut Ketua ARC Kawasan Gombak, Iqman Ibrahim, disamping keceriaan lahiriah, program tersebut dapat mengikat ukhwah dan ibadah dikalangan peserta.
“diselitkan juga dengan solat Dhuha di ‘check point’ yang telah ditetapkan sebagai pengisian rohani kepada peserta.
“Pada check point seterusnya, para peserta telah dibawa ke empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baharu untuk melihat sendiri paras air yang surut,”jelasnya.
Para peserta turut menyertai pelbagai aktiviti menarik di air terjun Sungai Chiling yang memiliki pemandangan paling indah di negeri Selangor,
“antaranya aktiviti jungle tracking selama 45 minit ke tempat air terjun selain meredah 5 sungai disamping melihat sendiri kejinakan ikan kelah yang berkeliaran di kaki-kaki peserta,”tambah Iqman.