KEBAP Cadang Kerajaan Tutup Panggung Pada 1 Syawal

1824
Ustaz Zakaria Dagang, paling kiri

KUALA TERENGGANU – Kelab Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) mencadangkan agar kejaraan negeri menutup panggung wayang pada 1 Syawal.

Pengerusinya Ustaz Zakaria Dagang berkata, ia bagi mengelakkan ‘trend’ negatif menyambut hari raya pertama itu dengan menonton wayang.

“kita sambut raya ini jangan di luar batasan syariat, sepatutnya hari raya ialah hari kemenangan yang diraikan dengan ziarahi menziarahi,

“bukan tengok wayang….yang sedang menjadi budaya negatif menjadi ikutaan sekarang, (saya cadang) kita tutup (panggung wayang) pada hari itu (1 Syawal),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkiran pada Majlis Iftar KEBAP di sini, hari ini 31 Mei.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus berkata, umat Islam perlu mengelakkan pembaziran, terutamanya pada bulan Ramadan sekarang.

“dalam bulan puasa, macam-macam makanan yang timbul, ada dalam bulan ini, tetapi tak ada di bulan lain,

“tetapi masa makan kita terhad….malam sahaja kita makan, tapi banyak juadah pada bulan ini….ingatlah kepada saudara-saudara kita (di seluruh) dunia yang yang kelaparan,” tegasnya.

Beliau berkata, buktinya pada bulan Ramadan, sisa makanan lebih banyak daripada bulan-bulan lain.

Justeru, kata beliau, hikmat bulan puasa yang mahukan umat Islam menjadi umat yang bertaqwa tidak tercapai sekiranya matlamat Ramadan itu masih tidak diaplikasikan sepenuhnya dengan amalan mulia.