Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan perlaksanaan projek tersebut sebagai ‘angan-angan’ kerana kampung-kampung yang diisytiharkan sebagai kampung tanpa wayar itu terbiar, tanpa sebarang kemajuan dan tidak ada capaian internet.
Pengerusi Lujnah Pekerja dan Profesioal Muda Dr Ghazali Hasbullah berkata ia adalah satu kegagalan kerajaan Umno-BN dalam mengurus prasarana rakyat di kampung-kampung.
“Melalui tinjauan yang dibuat, saya dapati di beberapa kampung yang diisytiharkan kampung tanpa wayar di negeri Terengganu amat mendukacitakan. Papan tanda “KG. TANPA WAYAR 1 MALAYSIA” hanya tinggal papan tanda.
“perlaksanaan kampung Wifi ini tinggal angan-angan, tiada capaian internet di rumah-rumah mahupun premis-premis kerajaan,”ujarnya.
[Gambar – Papan tanda hanya tinggal papan tanda sahaja…….Kampug tanpa wayar di Kampung Durian Guling, Marang, Terengganu hanyalah ‘khayalan’ dan angan-angan sahaja]
Apa yang membimbangkan beliau adalah, pembaziran wang rakyat dan mungkin terdapat penyelewengan, jika sekiranya projek itu telah diluluskan dengan dana sekian banyak.
Pesoalannya kata beliau, ke mana pergi duit yang telah dilaburkan oleh kerajaan bagi membina semua prasarana tersebut?
Menurutnya, berdasarkan kenyataan Rais, Kampung Wifi ini akan dibina di seluruh negara dan projek perintisnya adalah di negeri-negeri Pantai Timur. Sebanyak 125 buah kampung di Terengganu, 115 buah kampung di Pahang dan 110 buah kampung di Kelantan akan dilengkapi peralatan teknologi tanpa wayar ini.
Justeru, beliau mendesak pihak-pihak yang berwajib, khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan segera bahi mengelakkan sebarang penyalahgunaan dana kerajaan dan wang rakyat Malaysia dalam projek tersebut.




























