Kacau Bubur Assyura Budaya Semangat Kerjasama

2386

Oleh : Ahmad Faizal Al-Medaniey

MARANG – Program memasak bubur Asyura adalah satu budaya yang dapat meningkatkan kerjadasama melahirkan semangat setia kawan.

Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata ia juga dapat melatih para pelajar melaksanakan pembahagian tugas menurut arahan.

hari ini telah merasmikan Majlis Gotong Royong Memasak Bubur As-syura anjuran Maahad Darul Quran Rusila, di sini hari ini.

“Saya melihat semangat kerjasama dan setia kawan dapat dilahirkan daripada adik-adik Dar Al-Quran, “Kita memang budayalah… budaya orang di sini pada bulan Muharram akan memasak bubur assyura,” kata beliau.

Syahir yang juga Setiausaha Politik Presien PAS berkata demikian ketika merasmikan Majlis Gotong Royong Memasak Bubur As-syura anjuran Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, di sini semalam.

Tambah beliau, yang penting kebersamaan melaksanakan tugas ini, secara ‘berjamaah’ atau bergootong royong.

“Usaha ini, selain daripada kita dapat melihat masing-masing buat kerja, tapi yang penting kebersamaan kita melaksanakan tugas ini”.

“Ada yang gagah kacau, ada yang bantu jaga api, ada yang tuang air dan tidak kurang juga tukang rasa”.

Beliau juga mengingatkan supaya jangan ada yang hanya pandai komen, tetapi tidak dapat mempamerkan kerja yang baik.

“Cuma jangan jadi tukang komen, masing-masing ada peranan untuk membuat kerja-kerja kebaikan ini,

“Insyaallah di depan saya ini bakal lahir ulamak-ulamak besar dan ucapan tahniah kepada pihak sekolah di atas penganjuran program sebegini, kalau boleh diteruskan usaha baik ini,” ujar beliau.

Turut hadir pada program berkenaan Timbalan Mudir MDQ, Ustaz Hamzah Ngah, Pengarah Program Ustaz Mat Saril serta para tenaga pengajar MDQ