BESUT – Tindakan wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) membuat jualan murah selama tiga hari di Bandar Jerteh baru-baru ini hanyalah gimik kerajaan Umno BN untuk mengaburi mata rakyat.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Cikgu Solahhuddin Jaafar berkata, rakyat hari ini rata-rata tertekan dengan kenaikan harga barang terutama barangan keperluan asas.
“Saya sangat kecewa dengan sikap YB Umno Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang mengambil kesempatan untuk mempermainkan perasaan rakyat,
“Jualan murah hanya diadakan tiga hari sahaja daripada 356 hari setahun. Rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi setiap hari untuk meneruskan kehidupan,” katanya ketika mengulas perkara tersebut.
Katanya, bayangkan penduduk yang tinggal di Kampung Keruak atau di Hulu Besut terpaksa keluar ke Jerteh sejauh 30 km bagi memdapatkan sekati gula, sekilo ikan, ayam atau sekilo minyak masak yang dijual oleh wakil rakyat mereka.
“sudah tentu tidak ekonomik…..program ini tidak dapat dimanafaatkan oleh rakyat secara menyeluruh, sepatutnya sebagai wakil rakyat kerajaan mereka hendaklah memikirkan secara serius masalah rakyat,
“Punca kenaikan harga barang adalah kerana kenaikan kos pengeluaran dan kejatuhan nilai wang.
“Kerajaan sepatutnya mencari jalan mengurangkan kos pengeluaran dan pengangkutan barang-barang,” tegas beliau.
Tambah Cikgu solah lagi, kerajaan boleh mengurangkan kos ini dengan memberi semula subsidi disel dan petroleum seperti sebelum ini.
Selain dari itu katanya, kerajaan hendaklah menghentikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana cukai ini telah menyebabkan harga barang naik secara langsung.
“Kejatuhan nilai ringgit juga telah menyebabkan barang-barang import mengalami kenaikan harga. Dan kerajaan seharusnya melaksanakan dasar fiskal yang boleh menaikkan semula nilai ringgit,
“saya memberi ingata kepada wakil rakyat kerajaan, jangan berlakon sebagai tok wakil yang prihatin masalah rakyat kerana rakyat dah cerdik menilai,
“Dan saya percaya rakyat sedang menunggu saat mengundi untuk menghukum kerajaan yang barisan nasional dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti,” kata beliau lagi.





























