Jemaah Bantah Tindakan Pemaju Tutup Laluan Ke Masjid

6000
Notis penutupan laluan ditampal di dinding pembinaan, pada laluan masuk dari Jalan Besar Kuala Berang

HULU TERENGGANU – Jemaah masjid Sultan Mahmud di sini, membantah sekeras-kerasnya tindakan pemaju menutup laluan masuk daripada Jalan Besar Kuala Berang.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Membantah Pembinaan Hotel itu, Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata, kontraktor meletakkan bahan binaan di jalan tersebut.

Tegas beliau, tindakan itu bercanggah dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini.

“Pihak berkuasa kerajaan Terengganu berjanji sebelum ini pembinaan hotel di kawasan masjid terbabit tidak akan menggangu ahli jemaah masjid untuk solat samada solat fardhu mahupun solat Jumaat,

“Tapi malangnya sejak dua minggu yang lepas, pihak jemaah telah di maklumkan bahawa jalan utama daripada jalan besar masjid akan di tutup dan hanya dibuka pada hari jumaat waktu sembahyang jumaat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika dtemui, mengulas mengenai pembinaan hotel di dalam kawasan Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang, pada Khamis, 28 Disember.

Menurutnya, daripada tinjauan yang dilakukan mendapati, apa yang dijanjikan itu hanyalah cakap kosong dan ‘janji dicapati’ sahaja.

Jelasnya, jalan tersebut telah di tutup semua sekali dan menyusahkan orang ramai untuk beribadah di masjid itu.

“Bahkan hari ini sebahagian jemaah masjid telah berpindah ke masjid lain dan menjejaskan bilangan jemaah masjid pada hari kemuncak dan juga waktu biasa,

“ini maknanya kita menghalang orang Islam untuk memakmurkan masjid sedangkan tujuan pembinaan masjid adalah untuk kita memudahkan jemaah sembahyang di masjid,” kata beliau.

Sebahagian pagar masjid turut dimusnahkan……

Sehubungan itu, Haji Muhyiddin mendakwa, tiada lagi tetamu atau pun bas rombongan luar yang berhenti di masjid itu.

Walaupun sekarang ini, kata beliau, adalah masa cuti sekolah begitu pelancong yang pergi ke Tasik Kenyir serta rombongan perkahwinan yang sebelum ini, singgah untuk ‘berjemaah’

“Tetapi sebaliknya berlaku pada hari ini. Ini (jelas) tindakan menghalang walaupun tidak secara langsung tetapi telah menjejaskan keramaian (pengunjung) ataupun kehadiran ahli jemaah ke masjid,” ujarnya kesal.